Salam jumpa lagi, moga semuanya sihat dan dapat melaksanakan tugas harian dengan mudah dan tenang. Sekarang ni agak bz sikit menyiapkan kerja2 jahit menjahit pulak, almaklumlah sebelum bulan puasa, semua bab2 menjahit ni kena siapkan..tu yang tak berapa sempat nak update blog hari2.
Semalam wat triffle, hb bawa ke sekolah ada jamuan sikit...alhamdulillah semua dah selesai dan dah habis punnn... jom layan pic yer...
rakan2 blog
klik-klik lah yea!!!!
Wednesday, June 30, 2010
Wednesday, June 23, 2010
Nasi Dagang Trganu, ehh bukan2, Nasi Dagang Mersing.
Salam jumpa lagi, moga sihat semuanya...dah lama tak meng'update' blog ku ini... banyak perkara yang perlu dibuat dan kekadang bila dah bz wat itu ini...kepenatan membatasi segalanya...bila dah penat...tilamlah tempat yang paling selesa hehe...
Sekolah pun dah bermula... tak boleh bermalas2 lagi...Ok hari ni kita layan resepi nasi dagang yang menjadi febret hb n anak2 ku ini...first time wat, selalu beli jer... coz kat mersing banyak gerai yang menjual nasi dagang, cuma ada yang sedap ada yang..emm tak sedaplah kihkih.. tapi bila wat sendiri ni boleh ikut selera kita n puas makan, maklumlah kan kat umah ni ada 'gang kuat makan', wat apa jer mesti habis punya...
Jom tengok resepi kalau ada yang teringin, resepi amik dari umah Madiha, yg rajin tu, walau bekerja masih sempat amik order macam2, terima kasih banyak Madiha akak cnp resepinya.
NASI DAGANG TRENGGANU
Bahan2
1.2 kg beras siam
400 gm beras pulut
(nisbah utk beras = 1 bahagian beras pulut : 3 bahagian beras biasa)
1 ½ biji kelapa (ambil santan anggaran 600 ml ~ PERAH GUNA AIR MASAK!) (ni anggaran saja yer.. kalau tak cukup boleh tambah lagi..
garam secukup rasa (Bancuh dalam santan)700 ~ 800 ml air biasa utk arong nasi (boleh tambah jika masih tak mencukupi.. - agak2 je ni)
5 ulas bawang merah ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & halus memanjang
1 sudu kecil halba
Cara Menyediakan
1. Campurkan beras biasa dengan beras pulut dan cuci beras hingga bersih & jernih (mcm nak masak nasi tu). Rendamkan beras semalaman dalam air yg banyak.
2. Keesokannya.. panaskan periuk kukus & toskan beras dan kukus beras selama 30 ~ 40 minit. (guna periuk kukus berlubang kecil jika ada.. jika tiada.. alaskan dasar periuk kukus dengan kain putih bersih/ kain maslin/ daun pisang agar beras tak jatuh melalui lubang kukusan).
3. Angkat nasi kukus tadi dan masukkan nasi dlm besen besar. (Sementara itu.. tambahkan lagi air dalam periuk kukusan agar airnya tak kering utk mengukus kali kedua.. teruskan memanaskan periuk kukusan tadi.) Arong nasi dengan air biasa sehingga rata dan tak berketul2.
4. Kukus sekali lagi nasi sehingga 30 ~ 40 minit. (kali ni tak perlu alas dasar kukusan).
5. Keluarkan nasi dan masukkan dlm besen tadi dan arong sekali lagi dengan santan yg dicampurkan garam serta taburkan bahan2 hiris serta halba. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.
Note: Santan tadi boleh juga dimasakkan sebentar diatas api sederhana sebelum diarong dengan nasi. Kaedah ini untuk membuatkan nasi dagang lebih tahan lama.. tapi jika tidak masak pun.. memadai perahkan santan guna air masak.. insyaAllah nasi dagang boleh bertahan dari pagi hingga ke malam.
GULAI NASI DAGANG (kuantitinya dianggarkan cukup utk nasi dagang diatas )
Bahan2
2 atau 3 ekor ikan tongkol hitam (anggaran 2 kg) (dipotong, dibersihkan & direbus bersama sedikit air, 2 sudu kecil garam dan 5 keping asam gelugur)
2 biji kelapa (ambil santan sederhana pekat @ cair sedikit pun tak mengapa)
1 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jadikan pes)
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
(jika tiada rempah masak & rempah gulai cap bunga rose.. tambahkan lagi 1 sudu besar rempah kari ikan)
2 sudu besar kerisik yg ditumbuk halus
2 inci kulit kayu manis
2 keping asam keping
5 biji cili hijau
10 biji cili api
5 biji belimbing buluh (kalo ada.. takde pun takpe)
½ ketul gula melaka (tambah lagi jika kurang ~ gulai nasi dagang memang terasa manis sedikit)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
Bahan2 Dikisar Halus
1 sudu besar ketumbar (ditumbuk halus kemudian dikisar)
1/2 sudu besar jintan manis (ditumbuk halus kemudian dikisar)
8 ulas bawang merah (dikisar)
1 biji bwg besar (kalau kecik.. letak 2) (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)1/2 inci kunyit hidup (dikisar
3 hiris @ 2 cm halia (dikisar)
1 1/2 inci lengkuas (dikisar)
15 biji cili kering ~ dikerat2 & rebus sebentar & buang biji (dikisar)
Cara Menyediakan1. Gunakan periuk yg agak besar sedikit. Masak santan bersama (sedikit saja) garam di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kacau sekali sekali sahaja. (tak usah bimbang santan membuak atau berketul2… biarkan saja)
2. Masukkan ramuan yang dikisar dan pes rempah tadi ke dalam santan. Jika suka.. bahan2 ini boleh juga ditumiskan dulu dengan sikit minyak hingga wangi sebelum dimasukkan dlm santan. (terpulang anda.. tp jika tumis.. kuah akan jadi lebih berminyak!)3. Masukkan gula melaka, kerisik (bancuh sedikit dgn kuah santan agar tak berketul2), kulit kayu manis dan asam keping. Biar mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan rebus beserta air rebusannya & asam keping semasa merebus tadi. Tambahkan serbuk perasa.
5. Biarkan kuah pekat sedikit. Hati2 semasa mengacau agar ikan tidak pecah. Masukkan belimbing buluh, cili hijau dan cili api. Biar merenih sebentar dan bolehlah di angkat.
Ini acar timun sebagai pelengkap... kalau takde acar timun ni.. tak lengkaplah set nasi dagang..
Acar Timun
Bahan2 agak2 lah sendiri yer..
Timun
Lobak merah
bawang besar
cili merah
cuka
gula & garam
Cara2
Hiris memanjang timun (buangkan empulurnya) dan lobak merah. Cuci bersih.
Mayang bawang besar & hiris cili merah. Gaulkan timun, lobak merah, bawang besar, cili dengan semua bahan2 lain. Adjust sendiri rasa acar ikut selera masing2.
Sunday, June 13, 2010
Blueberry Cheese Cake
Salam dan selamat pagi semua...hari ni ada jemputan kawin di Tanjung Gemuk Rompin, so gantung periuk lagi...
Hari ni nak share blueberry cheese cake, jangan ada yg muntah pulak, dok tayang resepi yg ada cheese jer, febret Su hehe...kalau beli kat Seceret Resepi sepotong dah rm6.90, mana tahan poket weeeii...
So try wat malam Sabtu, pagi Ahad semalam baru boleh makan, kononnya nak share makan ngan Budiman n Zulfikar yang datang sini, malangnya jadualnya padat ngan jemputan sana-sini, tak sempat nak singgah umah Su. Terima kasih banyak bagi 'keju melaka'..banyak tu...
Resepi amik kat buku Kompilasi Hidangan Kek oleh Chef Nor Aini Zakaria..best buku ni banyak resepi sedap2..Kek Span Vanilla
Bahan:
* 5 biji telor (A)
* 150 gm gula halus
* 1 sudu besar ovallete* 80 ml minyak (Su tukar butter cair)
* 80 ml susu segar
* 1 sudu kecil baking powder** 150 gm tepung gandum* di ayak
* 1 sudu kecil perisa vanilla nak perisa lain tukarlah ye..
Cara-cara
Sebiji kek span (resepi kat atas) bahagi dua, guna separuh jer
250 cheese cream
200ml whipping Cream
80gm gula kastor
60ml air panas mendidih
13gm serbuk gelatin halal (Halagel) (satukan ngan air panas)
inti blueberry secukupnya
Caranya
Lapik acuan(ikutlah berapa besar kek tu) Su guna 7"x7" ngan plastik wrap supaya senang bila nak keluarkan nanti.. masukkan kek n ratakan dasarnya.
Pukul whipping cream hingga kembang dan pekat. ketepikan.
Pukul pulak cream cheese dan gula kastor hingga kembang n berkrim
Masukkan whipping cream tadi, kacau rata.
Tuang larutan gelatin yang sudah sejuk ke dalam adunan cheese. Kacau sebati.
Tuang adunan ni ke atas kek tadi, Simpan dalam ais box selama 5-6 jam sebelum dipotong.
Hias ngan inti blueberry..sedappp!!!
Hari ni nak share blueberry cheese cake, jangan ada yg muntah pulak, dok tayang resepi yg ada cheese jer, febret Su hehe...kalau beli kat Seceret Resepi sepotong dah rm6.90, mana tahan poket weeeii...
So try wat malam Sabtu, pagi Ahad semalam baru boleh makan, kononnya nak share makan ngan Budiman n Zulfikar yang datang sini, malangnya jadualnya padat ngan jemputan sana-sini, tak sempat nak singgah umah Su. Terima kasih banyak bagi 'keju melaka'..banyak tu...
Resepi amik kat buku Kompilasi Hidangan Kek oleh Chef Nor Aini Zakaria..best buku ni banyak resepi sedap2..Kek Span Vanilla
Bahan:
* 5 biji telor (A)
* 150 gm gula halus
* 1 sudu besar ovallete* 80 ml minyak (Su tukar butter cair)
* 80 ml susu segar
* 1 sudu kecil baking powder** 150 gm tepung gandum* di ayak
* 1 sudu kecil perisa vanilla nak perisa lain tukarlah ye..
Cara-cara
- Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
- Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi hingga benar2 kembang.
- Masukkan susu segar dan minyak berselang seli dengan tepung yg di ayak bersama b.powder.
- Masukkan vanilla/perisa strawberry atau pewarna dan gaul sebati guna senduk je.
- Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
- Tuangkan adunan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah C.
- - Saya bahagikan pada 2 bahagian dan bakar berasingan supaya kek kelihatan rata bila masak dan tidak perlu di belah 2.
- Bila dah masak keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit.. lepas tu terbalikkan di redai kek bagi mengelakkan kek kita kempis.
- Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas. Biarkan kek benar2 sejuk, barulah di hias ikut selera masing2.
Sebiji kek span (resepi kat atas) bahagi dua, guna separuh jer
250 cheese cream
200ml whipping Cream
80gm gula kastor
60ml air panas mendidih
13gm serbuk gelatin halal (Halagel) (satukan ngan air panas)
inti blueberry secukupnya
Caranya
Lapik acuan(ikutlah berapa besar kek tu) Su guna 7"x7" ngan plastik wrap supaya senang bila nak keluarkan nanti.. masukkan kek n ratakan dasarnya.
Pukul whipping cream hingga kembang dan pekat. ketepikan.
Pukul pulak cream cheese dan gula kastor hingga kembang n berkrim
Masukkan whipping cream tadi, kacau rata.
Tuang larutan gelatin yang sudah sejuk ke dalam adunan cheese. Kacau sebati.
Tuang adunan ni ke atas kek tadi, Simpan dalam ais box selama 5-6 jam sebelum dipotong.
Hias ngan inti blueberry..sedappp!!!
Friday, June 11, 2010
Cuti di Cherating
Salam dan selamat berjumpa lagi...lama rasanya menyepi diri, bukan ke mana, jalan2 ngan famly. Kami bercuti ke Cherating... memang happy bila semua berkumpul ni...anak2 lagilah suka, pagi petang terjun pool jer.. Cuti di sini memang seronok tapi bab makan kurang memuaskan, coz 2 malam kat sana, banyak gak gerai makan tepi jalan cherating tu...tapi senang cakap masak macam tak cukup bahan dah tu mahal mak ooiii... Sib baik makan tengahari ada member di Kemaman yang sponsor...terima kasih banyak...insyaallah ada umur kita jumpa lagi... Layan pics we all...
Labels:
Cuti-cuti mesia
Sunday, June 6, 2010
Jom layan biskut raya...
Salam dan selamat bercuti sekolah wat hb n anak2...esok (Isnin) kami akan ke Cherating n Kemaman kalau tak de aral melintang.. gi jalan2..bagi chance dapur tu berehattt.. tuan dia pun sama hehe...
Hari ni layan pics kuih n biskut yang buat minggu lepas jerlah... cuci mata..walau raya lambat lagii..biskut denmark..try wat resepi maklang..biskut celup coklat n salut ngan kacang tanag...sedap gakkk...
mufin coklat order by Mirani, Leha n Kak idah..terima kasih banyak.. walau kelam kabut wat sampai 1000bj..alhamdulillah siap semuanya..
Cream puff order by Cg Rokiah n Cg Hidayah...tq dikkk..
Cream puff order by Cg Rokiah n Cg Hidayah...tq dikkk..
Wednesday, June 2, 2010
Puding Triffle yang Sejukkkk Nyaman...
Salam dan selamat malam semua...semakin nak cuti sekolah semakin banyak kerja nak dibereskan.. hehe rezeki... ada yang nak biskut raya, macam dah nak raya pulak rasanya.. puasa pun lum lagi hehe... so watlah tat dan biskut cip coklat..
Hari ni pun rasa happy jer...nampak tak tengah senyum memanjang ni... tengahari tadi dah dapat confirm pakej percutian kami lulus...cuti free sape tak nak kan hehe...alhamdulillah..
Hari ni wat triffle lagi...buat sejukkan tekak.. kalau nak tengok resepi gi sini jerlah yek.. lebih fruit coktail tu makan ngan susu memang nyaman..
Hari ni pun rasa happy jer...nampak tak tengah senyum memanjang ni... tengahari tadi dah dapat confirm pakej percutian kami lulus...cuti free sape tak nak kan hehe...alhamdulillah..
Hari ni wat triffle lagi...buat sejukkan tekak.. kalau nak tengok resepi gi sini jerlah yek.. lebih fruit coktail tu makan ngan susu memang nyaman..
Subscribe to:
Posts (Atom)