rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Thursday, August 5, 2010

Blueberry Cheese Cake

pic ni bujang su yang shoot tu yang nampak lagi cantik, kalau banding compact su ni.. tu yg ada watermark dia..

Salam jumpa lagi, moga kita semua dalam lindunganNya selalu, tinggal 5 hari lagi nak puasa, moga kita semua sihat dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna...
Hari ni nak update blueberry cheese cake lagi...maklumlah tekak ni masih lum jemu makan benda ni... so layan jerlah... kalau ada yang nak try buat tu, jengah2lah resepi kat bawah ni...boleh buat untuk hari raya nanti... Kali ni guna tepung optima jer tuk wat base cake tu...cepat dan mudah kihkihkih.... kalau rajin dan tepung optima tak de u all try resepi kek span vanilla tu ok... selamat mencuba!!!

Resepi ciffon optima
500gm tepung optima
8 biji telur
1/2 cawan butter cair
1/2 cawan susu
sedikit esen vanilla, sikit garam
Pukul telur bersama tepung dan susu. Pukul lebih kurang 20 minit, bila dah kental (angkat pemukul mixer adunan tak jatuh) masukkan butter cair kacau rata. Masuk dalam loyang bakar 150drjh cc 40-50 minit terpulang pada oven memasinglah yer...
Kek Span Vanilla
Bahan:
* 5 biji telor (A)* 150 gm gula halus
* 1 sudu besar ovallete* 80 ml minyak (Su tukar butter cair)
* 80 ml susu segar
* 1 sudu kecil baking powder** 150 gm tepung gandum* di ayak* 1 sudu kecil perisa vanilla nak perisa lain tukarlah ye..
Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi hingga benar2 kembang.
  3. Masukkan susu segar dan minyak berselang seli dengan tepung yg di ayak bersama b.powder.
  4. Masukkan vanilla/perisa strawberry atau pewarna dan gaul sebati guna senduk je.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
  6. Tuangkan adunan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah C.
  7. - Saya bahagikan pada 2 bahagian dan bakar berasingan supaya kek kelihatan rata bila masak dan tidak perlu di belah 2.
  8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit.. lepas tu terbalikkan di redai kek bagi mengelakkan kek kita kempis.
  9. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas. Biarkan kek benar2 sejuk, barulah di hias ikut selera masing2.
Bahan tuk Cream cheese:

Sebiji kek span (resepi kat atas) bahagi dua, guna separuh jer
250 cheese cream
200ml whipping Cream
80gm gula kastor
60ml air panas mendidih
13gm serbuk gelatin halal (Halagel) (satukan ngan air panas)
inti blueberry secukupnya
Caranya
Lapik acuan(ikutlah berapa besar kek tu) Su guna 7"x7" ngan plastik wrap supaya senang bila nak keluarkan nanti.. masukkan kek n ratakan dasarnya.
Pukul whipping cream hingga kembang dan pekat. ketepikan.
Pukul pulak cream cheese dan gula kastor hingga kembang n berkrim
Masukkan whipping cream tadi, kacau rata.
Tuang larutan gelatin yang sudah sejuk ke dalam adunan cheese. Kacau sebati.
Tuang adunan ni ke atas kek tadi, Simpan dalam ais box selama 5-6 jam sebelum dipotong.
Hias ngan inti blueberry..sedappp!!!

3 comments:

  1. Salam Kangen kak..mintak sepotong keknya..takut ngences dh dkt nak puasa ni hehehhe..byk dpt order biskut raya kak?

    ReplyDelete
  2. siti...akak pun kangen.... kesiannya nak kek...amiklah..hehe
    order biskut adalah sikit2...

    ReplyDelete
  3. emmmm...sedapnyeeee...meleleh air iur ni huhuuhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails