rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Friday, August 20, 2010

AGAR-AGAR KARAMEL

Salam berjumpa lagi dan selamat menjalani ibadah puasa, masak menu apa tuk berbuka ptg ni? Hari ni nak share resepi agar2 karamel yang Su buat semalam. Hajat hati nak buat puding caramel yang ramai kengkawan blog lain dah buat, tapi disebabkan anak2 tak gemar rasanya yg agak kuat bau telur tu...so try wat jerr yang rupanya seakan-akan puding tu...taraaa maka terhasil agar2 karamel ni...
Resepi amik kat umah CMG, tq Cik Mat share resepi yang sedappp ni...mintak izin cnp kat blog akak pulak yer... memang sedap bila makan masa berbuka....trylahhhh. Jumpa lagi..
BAHAN-BAHANNYA :-)

8 g serbuk jelly (Su guna Halagel)
600 ml air
300 ml susu cair
120 g gula halus-kurangkan sikit kalau tak nak manis.
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (Su guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.
  2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
  3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...

1 comment:

  1. bagus su.. nanmpak licn dan tak menggerutu serta nampak tekstur licin tak nampak macam scramble egg. well don

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails