rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Monday, August 16, 2010

Pancake

Salam dan selamat menjalankan ibadah puasa. Camner ngan persiapan hari raya dah siap lum?? Bagi Su alhamdulillah bab jahit menjahit dah siap semuanya, tahun ni tak tukar langsir tapi jahitkan langsir umah emak, lega bila dah siap semua...
Minggu depan dah mula wat cookies pulak, alhamdulillah ada yang sudi meng'order'...

Hari ni nak n3 pancake berbuka semalam, b4 puasa haritu pun dah buat, ni buat lagi coz bujang kecik Su tu berpuasa macam2 gak dia nak...biasalah bebudak tapi mak budak ni pun suka hehe... cuma tak beli lagi syrup marple, coz tak jumpa kat Mersing? Nak tanyalah syrup marple tu sama ke ngan syrup pancake, tengok cam honey jer.. ada beza ke??
Resepi pancake ni banyak umah ada n pernah buat kannn, kali ni su cnp resepi dari umah Yatie US yang dah balik ke Johor sekarang, tq share resepi ni yer yatie cayanggg... Mesti letih berkemas2 tu agaknya...
Ok jom layan resepi, leh wat tu berbuka nanti...sampai jumpa lagi wassalammm...

Bahan-bahan
* 2 biji telur=>di pukul sedikit
* 4 sudu butter - cairkan
* 2 cwn tepung naik sendiri
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil cream of tartar
* 4 sudu besar gula
* 2 cawan susu segar=>suam
* secubit garam
Cara-Cara
  1. Campurkan tepung naik sendiri bersama garam, cream of tartar dan b.powder.
  2. Masukkan susu, gula dan telur dan gaul sebati. Gaul guna whisk je...masukkan butter yg di cairkan dan gaul sebati lagi.
  3. Pastikan adunan tepung tidak bergentel2, boleh juga di blend. Biarkan sebentar dalam 10 minit.
  4. Panaskan kuali non stick, oleskan sedikit butter dan tuang setengah cawan.
  5. Bila sudah mula bersarang, barulah terbalikkan. Bila dah keperangan, bolehlah di angkat.
  6. Hidangkan panas2 mengikut topping kegemaran masing2. Boleh dimakan bersama dengan honey atau coklat..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails