rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Monday, October 25, 2010

Jom buat sendiri CREAM PUFF!!

Salam dan selamat malam selasa, fuhhh hari ni hujan sepanjang petang sejukkk tu...tapi yang ngeri pakej petir ngan angin... alhamdulillah malam ni dah reda, yang tinggal sejuknya jer...tu yang buat mata mengantukkk macam nak tarik selimut jer kihkihkih...
Jom layan cream puff lagi... harap jangan ada yang muak pulak tengok yer. Request dari seorang teman, tak rugi berkongsi ilmu kan...so inilah resipi yang biasa saya guna, inti atau cream tu terpulang pada kita nak perisa apa, begitu jugak ngan hiasan atas cream puff, biasanya saya tabur gula aising jer...kalau ada coklat lebih letak sikit memang sedappp.... Nak tryyy??? resipi kat bawah ni tengoklah yer...

Cream Puff
Bahan2: (untuk pastri)
250 gm butter
500 ml air

1/4 sudu teh garam

300 gm tepung gandum
5 biji telur
(A)
1 sudu teh esen vanila


Bahan-bahan krim oren :3 cawan susu cair/segar
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
8 sudu besar gula (ikut selera nak manis ke tak)
1/4 cawan oren sunquick (kalau nak rasa lain tukar ikut sukalah yek)

2 sudu
besar butterCara:
puff

1. Rebus butter,air & garam sampai mendidih, kecilkan api.masukkan tepung (yang sudah diayak di atas kertas supaya senang nak tuang dalam periuk) dan kacau cepat sehingga menjadi doh yg x melekat. Matikan api dan kacau rata. Angkat biar suam.
2. Pukul telur dan vanila sekadar sebati, masuk sedikit2 ke dalam adunan tepung sambil dipukul terus.
3.Tekan dgn spuit diloyang yg tlh disapu butter. Sebelum bakar spray air ke atas doh agar cantik. Bakar lebih kurang 20 minit pd suhu 200c @ sehingga kuning keemasan. Pipekan krim kedalamnye!

Cara-cara krim oren:
Masuk semua bahan kecuali butter ke dalam periuk, kacau hingga berkilat, masuk butter dan kacau lagi hingga betul2 pekat dan masak. Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.

Acuan berwarna coklat tu untuk doh tepung, acuan putih tu pulak tuk 'injek' inti dalam puff yang dah masak, senang kerja...

Air dan butter masak sampai mendidih, baru masuk tepung. Bila tepung dah suam2 kuku baru masuk telur dan pukul rata.

3 comments:

  1. salam kak su,
    saya suka benar makan cream puff.. tapi tak pandai membuatnya. nampak cara kak Su buat, macam senang.. teringin rasanya. :D

    ReplyDelete
  2. Salam kak sue..singgah tghari ni rasa lapar pulak ,mintak 4 ketui yer..selalu buat inti kastard pasni nak cuba inti oren lah pulak ..

    ReplyDelete
  3. sedapnyer....baru lihat pic kat blog kak su ni belum rasa lagi.....kalau kat mersing area mana kedai? nnti bila balik endau boleh saya beli....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails