Harap semua kengkawan sihat hendaknya lepas raya ni...
Oklah tak payah banyak citer...hari ni nak kongsi resepi kek kukus, tapi resipi ni dah ramai yang cuba apatah lagi selepas ianya menjadi kontroversi. Mana lagi kalau tak amik kat umah mamat glamour kat Sedenak, mesti semua kenalkan hehe CMG aka Cik Mat Gebu. Terima kasih banyak Cik Mat akak mintak izin copy resipi kat sini tuk rujukan lain kali. Setakat ni alhamdulillah, banyak resepi Cik Mat yang akak try buat pasti menjadi...
Jom tengok bahannya2 kalau ada yang nak mencuba... tapi kalau nak tengok step by step gi blog CMG lah yerrr...
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN
BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond) -(Su tak letak coz kehabisan stok)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
- Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
- Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
- Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....
Kek Pun kontreversi mengalahkan artis tersohor.
ReplyDeleteMesti sedap sangat ni!
Salam kangen kak..yeeyee akak dah mula memblog..bestnya..kek kukus kontoversi ni memang sedap..tiap2 tahun mak yg selalu buat,sebiji sealam resepi n cara2nya..mcm biasalh saya tukang ngap..
ReplyDeletesalam MSOM, biasalah bila blogger bujang tersohor... sape lagi kalau bukan CMG/Cik Mat Gebu yang empunya resipi mesti sedap punya.
ReplyDeleteWalaahhh Siti...akak pun kangen... biasalah ada banyak perkara lain yang membataskan time tuk lepak2 ngan lappy ni...harap2 lepas ni kita dapat jumpa selalu di sini...
kena try wat gak siti...biar mak pulak yang tukang ngap, mesti dia bangga punya...