rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Friday, October 29, 2010

Apam aiskrim soda 'purple'

Salam berhujung minggu...cuaca kat luar tu mendung n sejuk, rasa malas jer nak wat apa2...tapi dapat kumpul ramai2 hujung minggu ni memang seronok makan tengahari beramai2... apa pun lauk yang dihidang kejap jer licin...
Ok hari ni wat apam aiskrim soda purple, order dari jiran...selalu gak wat apam ni, tapi satu masalah yg selalu terjadi kekadang apam ni senyum setaman kadang tu langsung tak senyum, padahal guna resipi yang sama nape ek??? Tapi alhamdulillah hari ni wat senyum setaman... Kalau berkenan bolehlah try, kat bawah ni ada resipi...

Apam Aiskrim Soda

Bahan-bahan
2 biji telur(B)
250g gula kastor - Su guna gula pasir blend sikit 200g jer
1 sudu teh ovallete
150ml air aiskrim soda
200g tepung gandum
Sedikit pewarna ikut suka
Papercup secukupnya
sedikit garam dan esen vanila- ni su tambah sendiri
filling ikut selera- su guna jem blueberry
Cara-cara
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung kacau lagi pastu masuk aiskrim soda kacau dengan senduk kayu.
  3. Gaul sebati dan rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna asal dan satu lagi warna purple.
  5. Kalau nak mudah, masukkan adunan dlm plastik dan gunting bucunya,lepas tu picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  6. Masukkan mangkuk kertas ke dlm mangkuk kecil dan tuang adunan tadi. Kukus dalam 10 minit. Air mesti mendidih dan api sederhana.

2 comments:

  1. tahniah kerana dah tersenyum heheee..

    ReplyDelete
  2. Salam Kaksu,
    Mmng tuannya senang hati masa buat apam ni....sbb tu apamnya senyum je....yatie mmng peminat setia apam tau....terliur tngk kaler purple yg menawan tu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails