Hari ni jom layan Banana Crumb Muffin. Apa yang sedapnya mufin ni ada crumb yg rangup bila digigit...
Banana Crumb Muffin
Bahan A
* 1 1 / 2 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh baking soda
* 1 sdt baking powder
* 1 / 2 sudu teh garam
* 3 biji pisang, lenyek
* 3 / 4 cawan gula pasir (Su kurangkan sikit gula ni, sebab suka letak crumb banyak2)
* 1 biji telur, pukul sikit
* 1 / 3 cawan mentega, dicairkan
Bahan B
* 1 / 3 cawan gula perang (brown sugar)
* 2 sudu makan tepung gandum
* 1 / 8 sudu teh serbuk kayu manis
* 1 sudu besar mentega
Caranya:
1. Panaskan oven 375 darjah F (190 derajat C).
2. Dalam mangkuk besar, campurkan 1 1 / 2 cawan tepung, baking soda, baking powder dan garam. Dalam mangkuk lain, campur pisang, gula, telur dan mentega cair. Kacau campuran pisang ke dalam campuran tepung hanya sekadar basah atau kaup balik, jangan terlebih kacau nanti keras pulak muffin tu. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin atau papercup.
3. Dalam mangkuk kecil, campur bersama gula perang, 2 sudu makan tepung dan kayu manis. Masukkan mentega, ramas seperti serbuk roti. Tabur di atas muffin.
4. Masak dalam oven selama 18 hingga 20 minit, sampai masak. Bergantung oven masing2lah ye..
lama tak buat muffin, mesti sedap ni...
ReplyDeletesedapnya muffin tu...setakat 2 biji x cukup tu....
ReplyDelete