rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Thursday, January 13, 2011

Kuih Lapis Koko

Salam jumpa lagi di malam Jumaat yang mulia ni... semoga sihat semuanya. Cuaca yang tak menentu sekarang ni, buat senang nak kena demam dan batuk... Petang tadi pun baru bawak Nadia ke klinik, batuk dan demam, harap2 cepat sembuh dan tak berjangkit kepada yg lain2..

Hari ni jom layan kuih lapis koko. Baru belajar2 buat kuih talam ni, so tak berapa cantik. Biasanya emak yang buat, main agak2 je bahan2nya..biasalah orang tua kita, kalau buat kuih mesti sedap dan cukup rasa je kan... dah nama pun emak, dari kecik makan minum air tangan dia... semua sedap.
Resepi kuih lapis ni amik kat rumah Yatie**Sinar Kehidupanku** Yatie...akak memang jeles tul tgok kuih2 talam yang Yatie buat, semua cantik2 tu yang nak try jugak, walau tak berapa cantik, tapi yang penting sedappp... terima kasih akak cnp resepi kat sini tuk rujukan lain kali ye.
Kuih Lapis Koko
Bahan-bahan.


1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb rata tpng beras
2 sb rata tpng jagung
1 sk garam
1 cwn gula pasir
5 cwn santan
3 sb rata serbuk koko
4 sb air suam utk bancuh koko.
pewarna kuning- kak su buat kaler hijau

Cara-cara.

1. Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir.
2. Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya)
3. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna kuning dan satu lagi letak bancuhan koko.
4. Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain.
5. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
6. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit.
7. Setelah itu lapis pula adunan kuning selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
8. Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit.
9. Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong.





2 comments:

  1. Salam Kak, menarik tgk colour kuih lapis ni...cantiklah...sedapnya..:)

    ReplyDelete
  2. wsalam nieza, kaler hijau tu permintaan bujang kecik akak, kuih2 talamk ni memang sedap kan...lemak manis...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails