rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Wednesday, March 2, 2011

Happy Birthday Angah Dan Adik

Assalammualaikum.... bulan Mac tiba lagi... semalam 1 Mac ulangtahun Nadia dan esok, 3 Mac giliran adiknya Izz Thaqif pula, so untuk adil celebrate hari ni. Biasalah anak2 bila bawa gi makan2 pun cukup seronok... Petang tadi potong kek di KFC.Oreo Cheese Cake, request Thaqif, tapi budak sorang ni memang pantang nampak biskut oreo, beli 2 bungkus, tau2 pagi tadi bila nak buat kek tinggal sebungkus...bila tanya dia kata 'adik termakan'.
Resepi copy dari rumah InaHar untuk sekian kalinya... biasalah memang banyak rumah ada resepi kek ni... sebab ramai yang dah mencuba...

OREO CHEESECAKE

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula
  • biskut oreo(buang inti) secukupnye -dicincang halus
kita buat base sebab senang nak potong
BASE
70g butter dicairkan
200g biskut tiger dihancurkan

Cara-cara


  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Gaulkan biskut yang telah dihancurkan dengan butter yang telah dicairkan dan tekan dengan padat ke dalam loyang. setelah itu simpan didalam peti sejuk.
  3. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream then tambah biskut oreo cincang.
  4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  5. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  6. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap
  7. 2 jam sebelum makan boleh la di letakkan blueberry sause tersebut.(Su tak letak pun)

5 comments:

  1. hepi besday buat adik dan angah..

    moga jadi anak2 yang cemerlang, soleh dan solehah

    ReplyDelete
  2. ucu cayang..hepi besday wat izz ngan nadia ye! moga sentiasa sihat bahagia serta dirahmati olehNya selalu..amin!! terliur lak nengok ciskek ucu nih..terus terasa nk pi beli ciskrim esok..muahaha!!

    ReplyDelete
  3. salam Sue...hepi besday kat anak sue tu...waaah komaiinnn celebrate kat KFC eh...mcm berkelah lak situ...best tuh..hehe

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Ibuintan... kalau dtg mersing singgahlah rumah Su boleh kita kenal2 dialam nyata pulak...

    Ina terima kasih... dah beli lum cis krim, tak sabor nak tgok apa pulak yg bakal muncul kat blog sifu ucu ni...

    tq waniera...

    kak ummi, terima kasih, budak2 kalau hari2 masuk KFC pun tak pe...maklum jelah ada je menu yg bertukar2...tapi kita makbapak yg boleh kering poket...dan bila makan KFC ni boleh buat kepala senoning...kolestrol naik hukhuk...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails