Assalammualaikum... dan jumpa lagi, letih rasanya hari ni, tapi berbaloi2... petang tadi gi main bowling (bukan pandai main pun saje suka2) pastu melalak di karaoke... anak beranak memekak hahaha...
N3 hari ni tertunggak lagi.... resepi nasi mandhi buat masa hari Ahad haritu.... resepi copy dari
Resepi Raidah, terima kasih kongsi resepi yang sedap ni... tapi saya tambah kari ayam, maklumlah makan kalau tak de kuah macam tak lengkap je kan... sos pulak, ganti ngan sos lada hitam dan buat jugak mashed potato... Terima kasih tak terhingga untuk Mr HB dan anak2 yang bertungkus lumus...hehe ayat tak boleh blahh.. menyiapkan semua pada hari Ahad tu... mama sayang u oalsss...muahhh..
Sebenarnya kami pernah makan nasi arab ni masa ke KL haritu dan yang sponsor mestilah anak sedara melatoop ku
Dr Inahar dan Cik Li, kat Mersing tak de rest. nasi arab... tu yang Mr HB nak buat sendiri.... Rasa pun sedappp dan yang pasti jimat hehe... yang tak lengkap sebab tak de teh colgate kata Mr HB kihkihkih... (teh pudina yg wajib ada bila kat rest arab kan..)
Resepi Nasi Mandhi dan Ayam Panggang
Resepi Ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 4 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil
serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat (Saya ganti ngan limau purut)
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut deng
an foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.
Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ (saya beli beras Monghul Basmathi 1kg cukup tuk 10 org makan - ikut je peraturan memasak yg ada kat pek tu memang menjadi...)
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
(Sos ni saya tak buat, tapi ganti ngan sos lada hitam je...)
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.