rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Tuesday, May 31, 2011

Puding Laici Dangdut

Assalammualaikum dan jumpa lagi.... cuti sekolah ni ke mana? Mesti dah buat macam2 rancangan bersama anak2 kan... Saya pun akan ke KL hari Khamis ni, sempena majlis pernikahan anak saudara hujung minggu nanti... semoga semuanya berjalan lancar insyaAllah...
Hari ni jom layan puding laici dangdut yang sejuk lembuttt je bila lalu kat tekak.... Resepi dah lama sekodeng kat rumah Yatiememories, memang sedap2 n cantik2 resepi di rumah Yatie ni, kalau tak caya pegilah singgah...memang tak nak balik hehehe... Dan jemput jugak makan sate....tapi sate beli je...

Bahan-bahan
* 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm) lebihkan agar2 kalau nak senang kuarkan dari acuan.
* 2 liter air
* 2 cawan gula (saya letak 1 1/2 cawan je)
* 2 tin laici (asingkan airnya)
* 1 tin susu cair

Cara-Cara
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.

2 comments:

  1. aslmkm..salam kenal...sana sini dok buat menu desert kan..hehe...saya tak pernah cuba lg yg ni..kalau beli laici habis gitu je..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kaksu,
    Sedapnya tngk puding laici dangdut ni...lama dah tak buat...cuti sklh ni mmng sesuai buat sbb semuanya ada....sedapkan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails