rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Tuesday, May 24, 2011

Apam Ais Krim Soda lagiii...

Assalammualaikum..... hai hai hai... Kak Su in the house, petang tadi nak update blog tapi cuaca tak mengizinkan bila guruh berdentam dentum... tapiii guruh di langit tak bererti hujan nak turun... sebab tak jadi hujan pun.
Aaahhh hari ni perasan agak sikit gerrrrr...kata Nabil lagi banyak R lagi geram hehe... mana tak hangin bila ada yg berhutang ngan kita tapi payah benor nak melunaskannya, dari bulan Mac sampai la ni masih lum langsai... Ya Allah bukak lah pintu hati orang ni nak bayar hutang....
Dahlah malas nak fikir...jom layan kuih apam ais krim soda pulak... minggu ni ramai pulak yg suka makan apam ni ek... dah pernah tepek resipi kat sini, tapi ada pulak yg tanya resipi so saya copy lagi ok... layannnn...

Bahan-bahan
2 biji telur(B)
250g gula kastor - Su guna gula pasir blend sikit 200g jer
1 sudu teh ovallete
150ml air aiskrim soda
200g tepung gandum
Sedikit pewarna ikut suka
Papercup secukupnya
sedikit garam dan esen vanila- ni su tambah sendiri
filling ikut selera- su guna jem blueberry
Cara-cara
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung kacau lagi pastu masuk aiskrim soda kacau dengan senduk kayu.
  3. Gaul sebati dan rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna asal dan satu lagi warna merah.
  5. Kalau nak mudah, masukkan adunan dlm plastik dan gunting bucunya,lepas tu picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  6. Masukkan mangkuk kertas ke dlm mangkuk kecil dan tuang adunan tadi. Kukus dalam 10 minit. Air mesti mendidih dan api sederhana. (air sikit je dalam kukusan kalau air byk apam tak mekar - berdasarkan pengalaman)

3 comments:

  1. Su....comey2nya apam2 ni...kaler2 yang menggoda...hijau ...pink ....wow!...teringin lak nak buat apam....ha ha ha...bila tgk benda2 makan ni sume nak dibuatnya...he he :)

    ReplyDelete
  2. assalam kak su...comelnye apam senyum ni.sy buat apam x pernah senyum pon...

    ReplyDelete
  3. cik cek...sebab dia comey lah ramai yg suka hehe...trylah buat, bahannya pun sikit je.. samalah su pun bila nampak kuih kawan2 buat berkobar2 nak mencuba...

    waalaikumsalam nuwairani...try panaskan air sikit je kat dalam kukusan tu...insyaallah senyum setaman...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails