rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Sunday, November 27, 2011

Orange and Almond Cake

 Assalammualaikum dan salam maal hijrah ke 1433 kepada semua umat Islam semoga kita beroleh rahmatNya di tahun baru ini.....
Kek oren ni request dari mr hb, terkejut jugak coz dia bukan penggemar kek, lainlah akak ni...pantang nampak kek mesti nak try buat atau setidak-tidaknya menjamah sikit... kami tgok channel 703 buat Orange and Almond Cake teruja pulak Cikgu Kamal kihkih... lepas masak, panas2 lagi dah potong dan mr hb makanlah sepotong, dan puji sedappp... dia tak leh makan manis2, kena berjaga2 takut kena kencing manis, maklum sekarang dalam perhatian doktor.
Kalau ada yg nak try versi resepi asal singgah sini yea. Resepi ni akak dah ubah suai sikit, resepi asal Blanded Orange Cake... sedap n moist gitu jom tgok resepi yg dah akak tokok tambah tuuu... lepas tinggal semalaman lagi moist kek ni...
 Orange and Almond Cake
  • 2 bji buah limau (guna yg sedang2 je)
  • 1 cawan minyak / butter cair
  • 1 cawan gula halus
  • 4 biji telur(B)
  • 11/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • 2 sudu besar susu tepung*

Cara-cara

  1. Cuci buah limau, rebus 2 jam. Sejukkan.
  2. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  3. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  5. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


Friday, November 25, 2011

Kek dan kek lagi...

 Assalammualaikum dan jumpa lagi semoga semuanya dalam keadaan sihat sentiasa.... selamat bercuti tuk mr hubby dan anak2... tapi wat anak daraku Nadia... jangan lupa gi exam SDKA (Sijil Darjah Khas Agama) hari Selasa ni yea... moga dipermudahkan segalanya...

 Ok jom layan keras tangan akak ni... kek ni diorder oleh... sape ek namanya lupalah pulak nak tanya...yg akak tau... kakak Rahim je sorry yea dik... terima kasih...
 Kek span blueberry tu SKN Nitar 1, jamuan perpisahan tuk Shima dan Suhaida yang bakal berpindah/balik kampung sendiri tahun depan, semoga kita dapat berjumpa lagi....



Kek coklat moist Ustaz Ruzlan... terima kasih segalnya...

 Kek span blueberry comel ni tuk makan2... dan cookies kat bawah ni- semperit dan cip coklat di order leh E-cah tq dik...moga dah tak mengidam nak makan cookies ni yea hehe...

Saturday, November 12, 2011

Dadar Gulung cute...

 
 Assalammualaikum dan jumpa lagi... tengahari tadi hantar order tuk Anes di Mersing,selepas itu ke majlis perkahwinan anak Cikgu Azhar Ramli dan Eha iaitu Mas dan Jimai. Memang meriah majlisnya....yang best akak makan laksa Johor....maklum sekarang ni kalau makan nasi minyak mesti senoning sikit...tu yg bila pegi majlis just carik nasi putih je... Semoga Mas dan Jimai bahagia hingga akhir hayat insyaAllah...

 Petang tadi merajinkan diri membuat dadar gulung tapi wat kaler2 sikit... maklumlah minggu ni byk pulak order apam polkadot... tu yg dadar gulung wat fancy sikit hehe...comel pulak...
 Karipap pusar inti sardin dan apam polkadot ni di order oleh Anes yang comel dan cute... xtly repeat order dari Anes ni... terima kasih coz suka kuih yg akak buat... pasnih order lah lagi hehe...


Thursday, November 10, 2011

Terima kasih meng'order'

 Assalammualaikum dan selamat petang semua... N3 order dari teman dan kenalan jauh.. terima kasih semua dan semoga berpuashati hendaknya.... Crem puff ni di order oleh Kak Salina terima kasih kak...kirim salam ke anak akak, Athirah yg suka makan cream puff ni yea...

 Apam polkadot ni order dari Fiza di Putrajaya, tapi bukan akak hantar ke sana yea, just hantar ke kampungnya di Endau...
  ni pulak try buat angry bird yg fofular tu...tapi hodohnya akak buat kan hehe....
 Bersama apam polkadot Fiza juga order red velvet cake and blueberry cheese cake ni... terima kasih banyak yea Fiza....


 Kek asam manis kukus dan apam gula hangus di order Norra dari KL, just calling2 jer ni... akak hantar ke penerimanya pun terperanjat coz suprise tuk bakal mak mertua lah katakan... terima kasih Norra moga cepat naik pelamin...

 Kek span wif whipping cream tuk mak angkat mr hubby.

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha bersama menu Nasi Mandhi

 Assalammualaikum dan selamat hari raya aidiladha...semoga semua beroleh keberkatanNya jua... selamat menjalani ibadah korban kepada yg berkorban dan terima kasih yang memberi daging korban alhamdulillah rezeki tu....
Hari Jumaat dan Sabtu akak memang sibuk ngan kek dan order... so hari ni pepagi tadi just masak nasi arab atau nasi mandhi fevret Mr Hubby je... so simple. Tapi kami dapat makan rendang jugak coz Aisyah dan emak akak masak menu rasmi raya hehe... kentang putar pun ada jugak, ni hasil tangan anak daraku Nadia....kesian sampai merah2 tangan kupas n potong kentang malam tadi... jom tengok resepi kat bawah ni kalau nak mencuba ok....
 Resepi Nasi Mandhi dan Ayam Panggang
Resepi Ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 4 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat (Saya ganti ngan limau purut)
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.
Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ (saya beli beras Monghul Basmathi 1kg cukup tuk 10 org makan - ikut je peraturan memasak yg ada kat pek tu memang menjadi...)
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
(Sos ni saya tak buat, tapi ganti ngan sos lada hitam je...)
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung. Tapi kali ni tak de sayur pun...tak sempat nak ke pasar semalam.... semua tempat jem, ramai orang akak memang tak kuasa nak berebut2 hehe....so makan apa yang ada je...

 Malam tadi sempat gak buat peach cheesecake yg best ni... jom layannn...



Tuesday, November 1, 2011

APAM POLKADOT


Assalammualaikum dan selamat malam. hari ni jom layan apam polkadot pulak.... asyik apam je jangan muntah udah ler .. apam ni di order oleh Anes, tq dik... kalau terasa nak mencuba tengok resepi kat bawah.... akak copy dari blog Hana yg dah sepi tu... dalam majalah jelita pun ada kan...

 Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails