Assalammualaikum dan selamat malam. hari ni jom layan apam polkadot pulak.... asyik apam je jangan muntah udah ler .. apam ni di order oleh Anes, tq dik... kalau terasa nak mencuba tengok resepi kat bawah.... akak copy dari blog Hana yg dah sepi tu... dalam majalah jelita pun ada kan... |
Bahan-bahan
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - hana kurangkan
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
- Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
Assalam Su, apa khabar, lama akak x jenguk sini...bz tul tengok Su byk tempahan yea...bagus, baguuusss... suka tengok kerajinan Su :)
ReplyDelete