rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Sunday, November 27, 2011

Orange and Almond Cake

 Assalammualaikum dan salam maal hijrah ke 1433 kepada semua umat Islam semoga kita beroleh rahmatNya di tahun baru ini.....
Kek oren ni request dari mr hb, terkejut jugak coz dia bukan penggemar kek, lainlah akak ni...pantang nampak kek mesti nak try buat atau setidak-tidaknya menjamah sikit... kami tgok channel 703 buat Orange and Almond Cake teruja pulak Cikgu Kamal kihkih... lepas masak, panas2 lagi dah potong dan mr hb makanlah sepotong, dan puji sedappp... dia tak leh makan manis2, kena berjaga2 takut kena kencing manis, maklum sekarang dalam perhatian doktor.
Kalau ada yg nak try versi resepi asal singgah sini yea. Resepi ni akak dah ubah suai sikit, resepi asal Blanded Orange Cake... sedap n moist gitu jom tgok resepi yg dah akak tokok tambah tuuu... lepas tinggal semalaman lagi moist kek ni...
 Orange and Almond Cake
  • 2 bji buah limau (guna yg sedang2 je)
  • 1 cawan minyak / butter cair
  • 1 cawan gula halus
  • 4 biji telur(B)
  • 11/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • 2 sudu besar susu tepung*

Cara-cara

  1. Cuci buah limau, rebus 2 jam. Sejukkan.
  2. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  3. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  5. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


2 comments:

  1. kak su..nak try jugak laa sebab stok badam mmg banyak kat umah ni..tinggal blend halus aje.

    ReplyDelete
  2. trylah naemah, memang moist kek ni n terasa orennya ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails