rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha bersama menu Nasi Mandhi

 Assalammualaikum dan selamat hari raya aidiladha...semoga semua beroleh keberkatanNya jua... selamat menjalani ibadah korban kepada yg berkorban dan terima kasih yang memberi daging korban alhamdulillah rezeki tu....
Hari Jumaat dan Sabtu akak memang sibuk ngan kek dan order... so hari ni pepagi tadi just masak nasi arab atau nasi mandhi fevret Mr Hubby je... so simple. Tapi kami dapat makan rendang jugak coz Aisyah dan emak akak masak menu rasmi raya hehe... kentang putar pun ada jugak, ni hasil tangan anak daraku Nadia....kesian sampai merah2 tangan kupas n potong kentang malam tadi... jom tengok resepi kat bawah ni kalau nak mencuba ok....
 Resepi Nasi Mandhi dan Ayam Panggang
Resepi Ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 4 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat (Saya ganti ngan limau purut)
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.
Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ (saya beli beras Monghul Basmathi 1kg cukup tuk 10 org makan - ikut je peraturan memasak yg ada kat pek tu memang menjadi...)
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
(Sos ni saya tak buat, tapi ganti ngan sos lada hitam je...)
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung. Tapi kali ni tak de sayur pun...tak sempat nak ke pasar semalam.... semua tempat jem, ramai orang akak memang tak kuasa nak berebut2 hehe....so makan apa yang ada je...

 Malam tadi sempat gak buat peach cheesecake yg best ni... jom layannn...



3 comments:

  1. salam aidil adha,
    bestnya nasi mandhi & the gang!

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidil Adha utk KakSu & famili!

    ReplyDelete
  3. terima kasih Amie, selamat aidiladha juga...

    terima kasih along... selamat hari raya aidiladha juga...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails