Resepi donat sedap dan senang ni akak copy dari dapur yg sangat cantik dan kemas, serta gambor memang kelasss gitu, wat orang teruja nak merasa dan mencuba, tuan empunya blog yg akak maksudkan ni sapa lagi kalau bukan blog Masam Manis kepunyaan Azlita Aziz yg manis...
500g tepung roti
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur -
200 ml air
100g magerine / butter -
1 sudu kecil garam
Untuk Hiasan
200g Chocolat masakan - cairkan
100g kepingan Almond - bakar ita tak letak ita letak chocolat masakan putih dan coklat
Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
Salutkan donat dengan gula atau choc cair ikut selera.
Ini donat versi sambal pedas manis, resepi simple je. Lada kering blend, tumis ngan minyak, cam nak wat sambal tulah... bila dah naik minyak masuk sikit air asam jawa, sikit je nantimasam lak, gula( agak lebih sikit) dan garam. Masak lama sikit biar tak pedas sangat, coz rasanya pedas manis. Bila dah ok rasanya, masuk donat yang dah digoreng tadi, balik2 sampai rata sambalnya, bolehlah dihidang...
salam kak su
ReplyDeletesingah sini malam-malam adoiii.. terliur pulak nampak donut
ita mmg suka sangat resepi donut ni sebab dia lembut dan gebu..
tapi tak pernah lagi cuba resepi donut yg bersira.. nanti ita nak cuba lah mesti lagi sedap!
terima kasih kerana mencuba resepi donut tu ye kak su.. :-)
wsalam ita... akak yg nak ucap berbanyak terima kasih coz respi ni memang best dan senang...
ReplyDeletesalam kak su..donut sambal ni mengingatkansy pd seorang makcik yg sama2 kerja kilang kat kg.paya dulu2..hari2 dia jual donut sambal gini...asal dia naik bas aje semua berebut nak beli donut sambal dia..termasuk laa saya..tak sempat nak duduk pun makcik tu..ahahahah
ReplyDeletewsalam naemah... wah haritu Har kawan akak dok kat kuantan citer pasal donat sambal ni masa dia kerja kilang dulu2, harini Naemah pulak... donat ni buat ramai terkenang zaman silam lah.... yg pasti akak memang suka donat ni dara dulu sampai sekarang hehe...
ReplyDelete