rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Monday, April 19, 2010

Xtvt hujung minggu...dapat 'baby baru'

Salam jumpa lagi semua... Sabtu dan Ahad semalam.... hujung minggu yang bz..tapi sempat gak ke Kluang- pc fair, punyalah ramai orang...tapi ada gak yang kami angkut bawa balik kihkih.. kalau ikut hatiku... memang malas bersesak dgn orang ramai dah tu cuma ada barang komputer, bukan ada citer masak2 ke kuih muih hehe.. tapi bila hb kata nak beli present for anniversary bulan depan(18Mei) fuhhhh punyalah tersenyum meleret2 kesukaan wakakaka.... dapat 'baby baru'...thanks sayang!!! ok layan jerlah pics kat bawah ni... xtvt hujung minggu ni...
Nasi ambeng, pernah makan tak?? kalau orang jawa mesti dah biasa... semalam(Ahad) majlis yasinan rumah jiran...tu yang dapat nasi ambeng, bukan buat sendiri hehe..
kek coklat ganche order by Cikgu Fauziah... thanks Gee
order by Cik Seni dan anaknya Ustazah Ara- terima kasih..kalau nak telefon lagi ..

Friday, April 16, 2010

Kuih Teknologi Rendah- Cekodok Pisang

Salam jumpa lagi...tengah wat apa tu?? Mesti dah siap makan malam semua kann...dah siap kemas dapur... dok lepak depan tv sambil lipat kain baju kihkihkih... tapi sekarang Su dok depan lappy sambil tengok tv... napelah sekarang ni addict ngan blog dan FB..hari2 mesti nak tengok, nak update.
Dahlah malas nak membebel panjang. Hari ni Su wat kuih teknologi rendah hehe nama ni member lama yang bagi...sape lagi kalau bukan Cg Hj Sarkawi jiran lama Su.. jemput2 atau cekodok itulah kuihnya... Hari ni wat cekodok pisang...bila jalan kat FB tadi tup2 tengok Kak Intan pun makan cekodok pisang...samalah menu petang kita hehe..
Su wat cekodok ni tak de sukat2...main agak2 jer...tapi Su tepek resepinya biar senang kalau ada adik2 dan anak2 dara yang baru nak belajar masak tu mencuba resepi sempoi ni.. Cekodok Pisang
Bahan:- (agak2 je yee)

6 biji pisang berangan - lecek
1 1/2 cawan tepung gandum (kalau lembik sangat tambah lagi tepung)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar gula
Lenyek pisang gula, garam dan soda bikarbonat sampai hancur. Masuk tepung, gaul sebati. Panaskan kuali dengan minyak yg banyak, jemput adunan dengan hujung jari dan masukkan ke dalam kuali. Balikkan selalu. Bila telah masak hampir kuning keemasan pekat, angkat dan toskan atas paper towel. Makan panas2 ni sedap...

Thursday, April 15, 2010

Ayam Panggang Tandoori (tak cukup gang)

Selamat petang Khamis semua... moga sihat selalu. Cuaca panas betul sekarang ni kan..kalau dapat makan ABC special yang ada aiskrim tu kan besttt... aahhh tapi takut pulak tak pasal2 selsema, susah jugak maklumlah sekarang ni macam2 penyakit ada..Ini menu tengahari tadi... ayam tandoori lah kononnya, tapi tak cukup gang coz tanpa roti nan, sambal/cicah dia yang kaler hijau tu apa ke namanya lupalah pulak. Kami makan dengan nasi jer... Cuma ayam jer bagi nama tandoori coz guna rempah segera ayam tandoori, senang kerja lepas basuh ayam lumur ngan garam, kunyit, halia, bawang putih tumbuk pastu tuang jer serbuk tandoori tu... perap sekejap atau semalaman (terpulang). Bila rasa nak makan tu panggang dalam oven sampai masak boleh lah dimakan.Hari ni wat mashed potato lagi...coz anak2 belum jemu ngan benda ni. Kalau ada yang berminat nak try wat sendiri mashed potato tu gi kat sini yer.

Tuesday, April 13, 2010

Try kuih pedas pulak..VADAI..

Salam jumpa lagi. Hari ni kita tukar selera hindustan sikit hahaha. Bukan apa kacang dal ni dah lama dok dalam aisbok so wat lah kuih vadai ni... ni resepi dari emak Su, resepi asal ni dia belajar dari kawannya berbangsa India semasa bekerja di Kluang dulu. Memang sedaplah... so pada yang minat dengan makanan savoury leh lah try.. ok ni resepinya. Tapi emak Su ni kalau buat kuih tak de timbang2 dia main bubuh jer... Payah gak nak mengaggak kan... ok selamat mencuba..VADAI

Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 biji lada basah atau lada kering dihiris halus
2 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji- tak letak pun tak pe
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Caranya:
Rendam kacang dal yang dah di cuci 4 jam atau semalaman. Toskan kacang dal. Kisar (jangan tambah air coz kacang tu kan dah lembut) kacang 3/4 halus dan lebihnya agak kasar sedikit. Masuk kesemua bahan lain2 ke dalam kacang tadi dan gaul rata. Leperkan bahan ini di atas tapak tangan yang dilapik plastik untuk mengelakkan melekat. Buat sampai habis bolehlah digoreng dengan api sederhana. Angkat tos dan bolehlah dimakan.




Monday, April 12, 2010

JELAJAH BLOG IBU oleh BEN ASHAARI

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnbM4snNvM-78jGpN1tIeImodbWlk281hFgRjReoW7NyGzLdY3Qhbas3_eZIIEPZghRwhcyHgQxYZgj6Xn4Aq-FlyD3e-4k9s47K83stR6VdbNCCaQdPxFI2QHoqPr9qZo4kKsSQ8rKH2m/s1600/Ben+Ashaari+Header.jpg
Salam jumpa lagi semua...handsome tak mamat kat atas ni hehe..soryy ben... pagi ni jumpa n3 ni kat umah kak ummi Kuantan..menurutnya x kira ibu lama ke ibu baru ke.... jika anda mahu blog anda diterjah oleh BEN ASHAARI, seorang blogger tegar yang tengah meletup-letup dengan sesi TERJAH BLOG sekarang ni.....sila maklum kepada beliau dan ikuti syarat-syarat yang tersangat ringkas, x kena bayar sesen pun...
Budak Ben ni mmg tengah berkobar-kobar dengan kerja amalnya nih..heheee, eh betul apa...x caya pergi tengok dah berapa banyak blog dia terjah dan berapa ramai yang mintak diterjah...dan hasilnya mmg memuaskan hati!!! Jadi kali ini, Ben mintak akak hebahkan di sini...so sila klik DI SINI untuk cerita seterusnya... Ini iklan dari kak ummi... thanks berkongsi kak..
Sebelum ni pernah singgah jugak blog Ben ni dari umah Suri Sarawak. Tapi hari ni tergerak nak join blog dia. Wah seronok gak kalau kena terjah ni yek... maklumlah blog kita ni baru nak bertapak dah lah tu nun jauh di hujung kampung ni, hehe Mersing kan kampung. Ada jugaklah yang kenal orang kampung... coz zaman it ni tak kira bandar ke kampung boleh bersatu di dalam... BLOG hehe

HB menjala pulak!!! Tapi tak de ikan, dapat ROTI JALA

Salam bertemu lagi semua... rasa lama tak update.... ni semua gara2 line streamyx sejak Sabtu haritu ada problem, jap ok jap ko.. nampaknya hari ni pun masih tak clear asyik terkemut2 jer.
Oklah kita sambung citer makan2 pulak, kari ayam ni buat hari Ahad semalam. Biasalah bila hari minggu hb memang rajin ke dapur tolong masak ni... jadinya bila lauk makan tengahari kari ayam, minum petangnya pulak buatlah benda yang boleh lawan dengan kari kan.. kalau Su just wat lempeng pekak (nama ni Su terbaca kat umah Cik mat Gebu), Su panggil lempeng lembik. Alahhh lempeng yang cuma guna tepung gandum, garam, air dan minyak sikit tu jer hehehe(kes malaslah ni) tapi hb dan anak2 memang suka sangat roti jala, jadi Su bancuhkan tepung dan yang tukang menjala mestinya hb ku yang rajin tu hahaha.
Uoalss tengoklah cantik kan roti jala tu... comei2 kan.. Resepi kari ayam dan lempeng pekak(saje amik resepi ni sekali manalah tau ada yang nak cuba hehe) amik dari umah Cik Mat Gebu. Tapi Cik Mat guna daging batang pinang. Dan resepi roti jala Su cnp dari umah Maz Ilham Dapur
Thanks Cik Mat dan Maz ... share kat Mersing pulak resepinya...
BAHAN-BAHAN KARI AYAM :-)
1/2 ekor ayam potong, cuci dan toskan
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
1 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar rempah kari daging, bancuh dengan sedikit air
1 liter santan cair
300 ml pati santan
2 camca besar cili kisar
1 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia tua*
1/2 inci kunyit hidup*(*kisar halus)
3 biji bawang merah, hiris halus#
2 ulas bawang putih#
1/2 inci lengkuas, diketuk#
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#
3 pelepah daun kari#(#rempah tumis)

BAHAN-BAHAN LEMPENG PEKAK :-)
1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan air
3/4 camca teh garam
2 camca besar minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KARI :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan bertanda (#) hingga harum, masukkan cili kisar dan bahan kisar (*) dan tumis hingga harum. Masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak. Tambah kentang dan ayam, gaul rata dan masak hingga empuk. Tuang santan cair dan biar mendidih. Bila kentang 1/2 empuk, masukkan kerisik, asam gelugor, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau rata dan tuang santan pekat. Masak dengan api sederhana hingga kentang empuk dan ayam masak. Rasa dan jika ok, boleh matikan api...
  2. UNTUK LEMPENG PEKAK :- Satukan semua bahan2 untuk lempeng, kacau rata dengan whisk dan tapis. Rehatkan adunan 15 minit, nak senang satukan semua bahan lempeng dalam blender dan kisar hingga halus, ketepikan. Panaskan non-stick frying pan. Lenser dengan sedikit minyak masak (mat cuma sapu dengan paper towel yang bersih yang dicelup dalam minyak masak). Tuang kira2 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan. Bila permukaan kelihatan pucat, terbalikkan lempeng tadi, masak hingga garing sedikit. Alih dalan pinggan. Ulangi proses memasak hingga siap. Boleh hidangkan bersama kari ayam tadi....Selamat mencuba!!....
Sumber Resipi : Tulip (Myresipi) tapi Su cnp dari umah Maz- ROTI JALABahan-bahan ( 4 org )

2 cawan tepung gandum
2 cawang air
5 sb susu tepung
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning
sedikit garam

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.

2.Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.

3.Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam.
.

Friday, April 9, 2010

Adik ke Kem Bestari Solat.

Salam jumpa lagi kengkawan... pergi ke mana hujung minggu ni? Ada jemputan kawin ke balik kampung jengah mak bapak? Semalam bz menyiapkan sedikit order yang masuk. So hari ni nak lepak2 depan tv dan fb jer... Pagi tadi (Sabtu) Izz thaqif ke sekolah ada Kem Bestari Solat sebab tulah dia berbaju melayu.... moga menjadi anak yang soleh yer Dik... alhamdulillah setakat ni pun dia tak tinggal solat moga bila ada kem2 cam ni dia makin rajin lagi... dan balik tadi pun macam2lah dia bercerita itu dan ini... Izz Thaqif (baju pink) tunggu turn nak amik sembahyang...

cc request Izz Thaqif tuk diberi ke Cg Aziz kesayangannya, coz semalam birthdaynya... moga panjang umur murah rezeki cepat jodoh yer cg Aziz...
apam aiskrim soda kaler pink dan hijau ni emak Su bawa gi rewang pengantin rumah jiran semalam. Mekar setaman kan apam tu...

cream puff dan mufin cokelat order by Zana. thanks zana selamat berewang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails