rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Monday, April 12, 2010

HB menjala pulak!!! Tapi tak de ikan, dapat ROTI JALA

Salam bertemu lagi semua... rasa lama tak update.... ni semua gara2 line streamyx sejak Sabtu haritu ada problem, jap ok jap ko.. nampaknya hari ni pun masih tak clear asyik terkemut2 jer.
Oklah kita sambung citer makan2 pulak, kari ayam ni buat hari Ahad semalam. Biasalah bila hari minggu hb memang rajin ke dapur tolong masak ni... jadinya bila lauk makan tengahari kari ayam, minum petangnya pulak buatlah benda yang boleh lawan dengan kari kan.. kalau Su just wat lempeng pekak (nama ni Su terbaca kat umah Cik mat Gebu), Su panggil lempeng lembik. Alahhh lempeng yang cuma guna tepung gandum, garam, air dan minyak sikit tu jer hehehe(kes malaslah ni) tapi hb dan anak2 memang suka sangat roti jala, jadi Su bancuhkan tepung dan yang tukang menjala mestinya hb ku yang rajin tu hahaha.
Uoalss tengoklah cantik kan roti jala tu... comei2 kan.. Resepi kari ayam dan lempeng pekak(saje amik resepi ni sekali manalah tau ada yang nak cuba hehe) amik dari umah Cik Mat Gebu. Tapi Cik Mat guna daging batang pinang. Dan resepi roti jala Su cnp dari umah Maz Ilham Dapur
Thanks Cik Mat dan Maz ... share kat Mersing pulak resepinya...
BAHAN-BAHAN KARI AYAM :-)
1/2 ekor ayam potong, cuci dan toskan
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
1 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar rempah kari daging, bancuh dengan sedikit air
1 liter santan cair
300 ml pati santan
2 camca besar cili kisar
1 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia tua*
1/2 inci kunyit hidup*(*kisar halus)
3 biji bawang merah, hiris halus#
2 ulas bawang putih#
1/2 inci lengkuas, diketuk#
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#
3 pelepah daun kari#(#rempah tumis)

BAHAN-BAHAN LEMPENG PEKAK :-)
1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan air
3/4 camca teh garam
2 camca besar minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KARI :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan bertanda (#) hingga harum, masukkan cili kisar dan bahan kisar (*) dan tumis hingga harum. Masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak. Tambah kentang dan ayam, gaul rata dan masak hingga empuk. Tuang santan cair dan biar mendidih. Bila kentang 1/2 empuk, masukkan kerisik, asam gelugor, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau rata dan tuang santan pekat. Masak dengan api sederhana hingga kentang empuk dan ayam masak. Rasa dan jika ok, boleh matikan api...
  2. UNTUK LEMPENG PEKAK :- Satukan semua bahan2 untuk lempeng, kacau rata dengan whisk dan tapis. Rehatkan adunan 15 minit, nak senang satukan semua bahan lempeng dalam blender dan kisar hingga halus, ketepikan. Panaskan non-stick frying pan. Lenser dengan sedikit minyak masak (mat cuma sapu dengan paper towel yang bersih yang dicelup dalam minyak masak). Tuang kira2 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan. Bila permukaan kelihatan pucat, terbalikkan lempeng tadi, masak hingga garing sedikit. Alih dalan pinggan. Ulangi proses memasak hingga siap. Boleh hidangkan bersama kari ayam tadi....Selamat mencuba!!....
Sumber Resipi : Tulip (Myresipi) tapi Su cnp dari umah Maz- ROTI JALABahan-bahan ( 4 org )

2 cawan tepung gandum
2 cawang air
5 sb susu tepung
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning
sedikit garam

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.

2.Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.

3.Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam.
.

4 comments:

  1. ummiross suka sangat roti jala ni...

    ReplyDelete
  2. salam kaksu, rajinnya menjala...nampak sedap ni, boleh tumpang makan sini....

    ReplyDelete
  3. salam kak su..sodapnya dah lama x makan roti jala..kena buatlh nampaknya ni..

    ReplyDelete
  4. ummiross... salam kenal dari kaksu.. memang sedap kan roti jala, kami sekeluarga pun suka..

    wsalam yatie... rajin kan hb akak menjala hehe..nah amik ni akak dah masuk dalam piring roti ngan kuah kari ni, makan jangan malu2 yer hehe..

    wsalam siti... kalau dekat akak boleh bagi.. tapi jauh kenalah buat sendiri yer siti..tapi memang tak jemulah makan roti jala ni kan...kat blog lain pun sana sini ada yg menjala tu yang akak terikut2 hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails