rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Friday, April 16, 2010

Kuih Teknologi Rendah- Cekodok Pisang

Salam jumpa lagi...tengah wat apa tu?? Mesti dah siap makan malam semua kann...dah siap kemas dapur... dok lepak depan tv sambil lipat kain baju kihkihkih... tapi sekarang Su dok depan lappy sambil tengok tv... napelah sekarang ni addict ngan blog dan FB..hari2 mesti nak tengok, nak update.
Dahlah malas nak membebel panjang. Hari ni Su wat kuih teknologi rendah hehe nama ni member lama yang bagi...sape lagi kalau bukan Cg Hj Sarkawi jiran lama Su.. jemput2 atau cekodok itulah kuihnya... Hari ni wat cekodok pisang...bila jalan kat FB tadi tup2 tengok Kak Intan pun makan cekodok pisang...samalah menu petang kita hehe..
Su wat cekodok ni tak de sukat2...main agak2 jer...tapi Su tepek resepinya biar senang kalau ada adik2 dan anak2 dara yang baru nak belajar masak tu mencuba resepi sempoi ni.. Cekodok Pisang
Bahan:- (agak2 je yee)

6 biji pisang berangan - lecek
1 1/2 cawan tepung gandum (kalau lembik sangat tambah lagi tepung)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar gula
Lenyek pisang gula, garam dan soda bikarbonat sampai hancur. Masuk tepung, gaul sebati. Panaskan kuali dengan minyak yg banyak, jemput adunan dengan hujung jari dan masukkan ke dalam kuali. Balikkan selalu. Bila telah masak hampir kuning keemasan pekat, angkat dan toskan atas paper towel. Makan panas2 ni sedap...

1 comment:

  1. salam kaksu.
    kreatifnya tajuk. kakchik suka. educated bunyinya. w/pun berteknologi rendah, kuih inilah fav no. 1 kakchik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails