rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Tuesday, January 31, 2012

Repeat Order Lagi... tq semua..

 Assalammualaikum dan salam sejahtera, order dari Lela Polyteknik Mersing lagi... kek coklat moist dan karipap pusar siap bergoreng tak sempat nak snap pic coz kelam kabut sikit tengahari semalam masa nak menghantar order ni ke Mersing. Terima kasih juga wat Shida yg sanggup datang dari Endau tuk amik ordernya, walaupun memang ada hal kat bank kan kihkih... Kek kukus asam manis dan karipap pusar di order oleh Siti Hazrina Gee yg ada resort di Air Papan tu... karipap pusar frozen order dari member bisnes gak ni, Rina di Kg Air Merah. Terima kasih semua kerana menyokong bisnes akak ni... alhamdulillah rezeki Allah...



Friday, January 27, 2012

Ayam Goreng Berempah

 Assalammualaikum...ok ini dia resepi ayam goreng berempah yg ditanya oleh Dik Zila kita.. pasnih boleh lah try buat k...nanti akak tinggal cuci tangan tuk makan je...

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.


Nasi Lemak Hijau

 Assalammualaikum dan selamat bersarapan pagi... pagi ni merajinkan diri memasak nasi lemak kaler hijau ni... biasanya dok membeli je, bila buat sendiri ni bukan je puas dan kenyang makan, yang pasti berpuashati sebab sedappp hehe puji diri sendirilah pulak... Nasi lemak hari ni tak de telur ok, coz stok telur cukup2 tuk wat kek kejap lagi... ni kes malas nak ke kedai... so makan ngan ayam goreng rempah lagi sodappp... tambah pulak sambal tumis ikan bilis, eemmm memang bestlah... Xtly nasi lemak hijau ni akak buat sama je ngan nasi lemak yg biasa2 tuuu just tambah kaler hijauuu jek bagi lain sikit kihkihkih...kaler fevret Thaqif...
Hari ni akak paste resepi nasi lemak dan sambal tumis ikan bilis, ada masa nanti akak letak resepi ayam goreng rempah nya pulak yea...ada kerja dah menunggu ni tak leh lama2 depan lappy byeee..sampai jumpa lagi...
 Nasi lemak:
Bahan-bahannya
* 4 cwn beras (beras AAA)
* 5 cwn santan -akak guna santan kotak 250ml+air coz tak nak nak lemak sangat nanti pening kepala..
* 1/2 biji bawang besar (hiris)
* 2 ulas bawang putih (hiris)
* 1 inci halia (hiris)
* 2 helai daun pandan - disimpul
* 1 batang serai - dititik
* garam secukup rasa

* Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :- kalau dalam ais box byk bhn, leh buh semua atas pinggan, tapi akak ada ayam je hehe...
* sambal tumis
* ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
* telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
* timun yg dihiris
* kacang tanah goreng
* dan lain2 ikut selera
Cara-cara
1. Hiris bwng besar, bwng putih dan halia.
2. Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 hiris,daun pandan dan serai.
3. Tuang santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
4. Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

Sambal Ikan bilis
bahan-bahannya
 
* 1 cwn cili kering kisar
* 2 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit kunyit hidup
* minyak masak - untuk menumis
* 1 biji bawang besar - dihiris bulat
* 1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
* garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dengan cili kering kisar.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar yang di hiris bulat.
  3. Tumis sebentar sahaja, angkat. pastu tumis  pulak bahan2 yang dikisar hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.
  5. Tambah sedikit air jika perlu, kacau hingga sebati.(biasanya sambal  sedap manis sikit...) masuk ikan bilis yg dah digoreng,
  6. Setelah rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

Terima kasih Lela & the gang Poly


Selamat malam semua... harini akak hantar order ke Politeknik Mersing lagi, alhamdulillah rezeki.... terima kasih bebanyak pada Lela yg promote baikkkk punyaaa.... pic kat atas tu marble cheese brownies for Juraida birthday...
 Karipap pusar frozen dan popia ketam frozen juga order dari Lela n the gang...
 kek kukus asam manis juga order dari Lela n the gang...

 
Cream puff - first order Gee dari Sri Mersing Resort Air Papan, tq dik..

Marble Cheese Brownies repeat order dari Azah Jalil

Wednesday, January 25, 2012

TQ LELA POLY MERSING

 Assalammualaikum dan selamat malam... alhamdulillah rezeki lagi... dapat order dari Lela Poly Mersing, kira dealer lah, coz yg order kengkawannya yg lain... terima kasih daun keladi yea Lela lain kali order lah lagi hehe... order kali ni muffin coklat budget dan cream puff... dan akak dapat repeat order marble cheese brownies dari Azah Jalil, tapi kali ni kakaknya pula yg order...alhamdulillah katanya sedappp... terima kasih semua..



Sunday, January 22, 2012

Donat Manis & Donat Pedas

 Assalammualaikum dan selamat malam, jumpa lagi... jom layan donat yg lembut gebuuu ni pulak, akak wat tuk minum petang tadi. Selalu sangat bila jalan2 ke Kluang anak2 mesti singgah Big Apple...hurrmmm tapi tak de pulak donat pedas kat situ hahaha... so arini buat jenis donat ada yg versi coklat dan ada yg pedas fevret akak hehe...
Resepi donat sedap dan senang ni akak copy dari dapur yg sangat cantik dan kemas, serta gambor memang kelasss gitu, wat orang teruja nak merasa dan mencuba, tuan empunya blog yg akak maksudkan ni sapa lagi kalau bukan blog Masam Manis kepunyaan Azlita Aziz yg manis...

 DONUT -Azlita Aziz
500g tepung roti
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur -
200 ml air

100g magerine / butter -
1 sudu kecil garam



Untuk Hiasan
200g Chocolat masakan - cairkan
100g kepingan Almond  - bakar ita tak letak ita letak chocolat masakan putih dan coklat

Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
Salutkan donat  dengan gula atau choc cair ikut selera.

 Ini donat versi sambal pedas manis, resepi simple je. Lada kering blend, tumis ngan minyak, cam nak wat sambal tulah... bila dah naik minyak masuk sikit air asam jawa, sikit je nantimasam lak, gula( agak lebih sikit) dan garam. Masak lama sikit biar tak pedas sangat, coz rasanya pedas manis. Bila dah ok rasanya, masuk donat yang dah digoreng tadi, balik2 sampai rata sambalnya, bolehlah dihidang...

Marble Cheese Brownies & Kek Coklat Moist

 Selamat petang Ahad...  order hari ni, marble cheese brownies dan kek coklat moist +coklat ganache. Order by Azah Jalil, terima kasih yea dik...

Saturday, January 21, 2012

Apam polkadottt..alhamdulillah siap!!!

 Assalammualaikum dan selamat bercuti sempena Tahun baru cina, sekolah cuti seminggu...syokkk leh rehat sambil wat order jugak...so kalau ada yg teringin nak meng'order' calling2 k...
N3 hari ni projek semalam...alhamdulillah dapat jugak menyiapkan 1600 biji apam polkadot yg comel2 ni..dan siap packing lagi... terima kasih tak terhingga wat anak daraku Nadia yg membuat dot2 atas apam tu dan jugak wat angry bird jugak. Juga tak lupa wat En Suami dan bujangku Akmal Rafie, emak dan abah dan si kecik yg dah bulatt Thaqif... semua menolong packing apam tu... Sayang semua...apa yang penting!!! kerjasama...
 Angry bird hasil tangan Nadia... pasnih leh amik alih tugas mama yea... cerewet sikit lukis2 ni kan...mama kena carik cermin mata dulu hehe...
 Apam polkadot di order oleh Najihah Hashim sempena majlis perkahwinannya 22/1/12, majlis nikah harini 21/1/12..cantik nombor patutlah ramai tul pengantin hari ni... terima kasih yea dik, moga kekal bahagia sepanjang hayat insyaAllah...
 Apam polkadot tema pink dan purpe di order oleh anak jiranku Yana, terima kasih yea dik, moga bahagia aminnn....
 Apam polkadot order by Nahijah tuk dibawa balik bercuti ke Trengganu...tq dik

 Apam polkadot yg siap di packing dan di hantar ke Seri Pantai Mersing, terima kasih Najihah hashim...

Wednesday, January 18, 2012

Sandwich ala2 KenRoRo

 
 Assalammualaikum dan selamat malam, hari ni jom layan sandwich ala2 KenRoRo... awal tahun aritu En Suami celebrate my birthday kat sinunn.. akak memang suka kat sandwich dia tu... babtulah dah order nasi pun order sandwich gak... selalu gak wat sendiri n hari ni pun makan sandwich buatan sendiri ni, maklum kat Mersing lum ada lagi Kenny Rogers Roster ni...entah bila nak ada cawangan kat sini tak taulah... tapi bagus gak tak de kan, kalau tidak mau kering poket kalau selalu makan kat sini hehe...
Buatnya pun senang... guna roti high fiber, daun salad, tomato, timun, ayam panggang racik2, mayonis sandwich, sikit marjerin tuk sapu pada roti.. Pic yg kat atas tu homemade punya sandwich ok...dan yang kat bawah ni Pakcik Kenny punya... sama kan hehe....



 Inilah KakSu homemade sandwich and chicken chop black pepper with mashed potato. Kalau ada yg ingin mencuba wat ayam panggang ni resepi cari kat SINI ok...


Saturday, January 14, 2012

Terima Kasih Shida Khayra...

 Selamat malam... letih sikit hari ni, so layan jelah pics order dari Shida Khayra yg dk kat Endau ni yea... kecik molek je orangnya tapi handal bawa kereta tu... jap je dari JB ke Mersing... wah shopping kat JB yea.. Shida meng'order' marble chese brownies, tat gulung, blueberry cheese tart dan karipap pusar frozen... regular customer paling best ni... coz dah banyak kali repeat order ngan akak... terima kasih yea Shida...


Thursday, January 12, 2012

Kek dan Biskut Order


 Assalammualaikum dan bertemu di hari Jumaat yang barakah... dah seminggu hujan sejuk... kain baju pun banyak yang tak kering... mulalah terfikir nak beli mesin pengering kain pulak... minggu ni agak sibuk ngan order lagi, alhamdulillah rezeki Allah...
Kek coklat moist+coklat ganche+ whipp cream ni comel je (1/2kg) do order oleh Ustaz Ruzlan, terima kasih yea...tapi sorry kelam kabut sikit buatnya coz, En. Suami tak cakap kul brpa nak diambil kek tu, tup-tup kek lum di hias Ustaz dah datang kelamkabutlah akak menepek coklat n whipp cream hehe... alhamdulillah siap gak...harap Ustaz berpuas hati hendaknya.. 

Kat bawah ni pulak coklat yang akak buat semalam... saje menghabiskan stok coklat yg ada, kang dah habis tempoh terpaksa buang pulak... bila dah jadi coklat ni budak2 laju je makan... tapi akak tak gemarkan coklat so jamah sikit jelah...tak pasal2 makan coklat migrain  pulak kepala ni nanti kan...

Ini pulak tat gulung dan biskut chip coklat order by Shida dan Inoy. Shida memang selalu order kuih ngan akak, terima kasih banyak yea dik, moga makin murah rezeki dengar citer dapat bonus 3 bulan gaji... fuhh best kan... Chip coklat ni order by Inoy di JB, member2 nya yg berminat terima kasih order dari jauh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails