rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Sunday, January 24, 2010

Cheese n Sosej Roll

Salam jumpa kembali semua... lama rasanya tak menghupdet rumah ku ini. Al- maklumlah masih berdukacita di atas kemangkatan Sultan Johor pada 22 januari 2010 jam 7.15mlm ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL. Al-Fatihah.... Aminnnn...

Actually hari Sabtu tu sepatutnya sekolah ganti tuk raya cina nanti, Sultan mangkat, sekolah batal dan ganti lain Sabtu lak. So pepagi tu kami semua ke Segamat, majlis pengantin cousin Su. Tapi gambar pengantin tu semua anak Su Akmal Rafie yg amik, masih raw lagi, dia lak dah balik hostel tak reti lah Su nak masuk dalam ni hehehe mama dia ni tau guna kamera kecik je.... terus bleh masuk dlm blog.
Oklah ni nak n3 sosej roll bekpes pagi tadi, merangkap bekal Izz Thaqif ke sekolah. Dok menggulung malam tadi, pagi tinggal goreng je. Tapi agak muak sikit bila cis nya banyak, boleh maigrain kepala Su ni. Buatnya senang je tapi nak gak tepek respi kat sini senang nanti kalau anak daraku si Nadia tu nak try buat leh cari kat sini. Su mintak izin Zanarose cnp respi masuk sini yeaaaa.... tapi Su letak cheese.
  • 1 paket sosej ayam Ramley (ape2 jenama pun boleh)
  • 10 keping roti gardinia
  • 1 biji telur ~ ambil putih aje dan dikocok dulu
  • serbuk roti secukupnya (guna yg warna oren) tapi Su guna yg warna putih je
  • minyak utk menggoreng
  • 10 cheese slices atau ikut sukalah...
Cara2 menyediakan:
  1. Sosej ayam direbus terlebih dahulu sehingga masak ~ dipotong 2
  2. Gelekkan 10 kpg roti sehingga nipis dan dipotong dua bahagian. Letak cheese
  3. Ambil 1 sosej dan diletakkan atas roti dan digulung kemudian lekatkan dgn putih telur. Buat sehingga habis.
  4. Celupkan sosej roll td satu demi satu kedalam putih telur dan golekkan bersama serbuk roti. Setelah siap bolehlah digoreng dgn api yg serdahana aje.
  5. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Sesuai utk sarapan pagi atau minum ptg.
Su wat 5 roll je yg ada cheese, lain tak letak cheese, muaklah ..... nanti tak pasal2 kena telan ponstan lepas bekpes kihkih... Layanlah pis yg agak blur ni... nape tah lapor gamaknya... tapi sosej roll ni tergeseng lahhh..... nway sedap n krspi gitu....
Salam sayanggggg semua... jumpa lagi!!!!!


2 comments:

  1. Salam KakSue,

    Best gak idea ni..Cheese tu nanti buleh potong 2 or 3..jadi setiap gulungan boleh guna ½ slice cheee or 1/3...

    Dulu saya pernah buat buh sardine dalam gulungan sosej roti tu..OK gak...

    ReplyDelete
  2. Nenie... tul tu, kalau sekeping cheese dalam roti memang agak muak sangat.. Lagi pun jimatlah sikit cheese tu kihkih.. Su buat camtulah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails