rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Tuesday, January 12, 2010

Mexican Bun

Salam sayang dan bertemu diangin lalu hehehe berangin2 lah pulak. Pagi tadi terajinlah pulak nak wat roti ni. Dah lama tak meroti, last buat tahun lepas, kihkihkih lama tu, padahal bulan 11 je. Roti ni fvret semua dlm rumah ni, coz bau nya yg harum semerbak bila dibakar buat perut kenyang pun jadi lapar. Sampai jiran sebelah siap tanya buat kuih apa, baunya sedap sangat. Bagilah dia rasa, wah dapat pujian lagi, roti ni sedap n gebuzz. Memang pun roti ni sedap, nak nya bila baru kuar dari oven, panas2 tu emmmm sedapppp... Tu yang tak sempat nak amik gambor pas kuar oven, ni gambor dlm oven masa tengah bersesak dlm tray. Resepi biasalah mesti cnp dari blog anak sedaraku yg rajin memasak tu... sapa lagi dr Inahar terima kasih ye Ina, lain kali Ucu selongkar dapur Ina cari resepi lain lak..




Bahan-bahan ( 17 biji bun )
  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau s ehingga bun keperangan.

4 comments:

  1. untungnya keluarga kaksu, dapat makan mexican bun kaksu buat, tak payah beli kat kedai.
    baunya macam sampai aje ke kota bharu ni.

    ReplyDelete
  2. salam kenal dan ziarah su..
    dtg tgok mexican bun tu..mmg feberet anak2 dan mama dorang jugak..
    sedap tgok menu2 kat sini
    akak follow yer

    ReplyDelete
  3. kakchik dan kak N, tmekasih datang tengok mexican bun Su, jemputlah amik sorang seketuii hehehe.

    ReplyDelete
  4. Salam kak su,saya selalu jgk jenguk blog akak,saya ct dari segamat..bestnya mexican bun,harap2 dpt buat hujung minggu ni..kalo sudi jenguklh blog saya yang x berapa comel..www.mak-et.blogspot.com sekadar bertukar2 cerita n pendapat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails