Sejak ada blog ni... resepi apa je leh cariii... Resepi roti puri ni jumpa kat umah Mokwonik Semanis Madu Selaut Ilmu, cnp resepi kat Mersing pulak yek Mokwonik...terima kasih banyak2.. Makan roti ni cicah kari baru uummmppp...Roti Puri
Bahan2nya
2 cawan tepung gandum-(2 cups plain flour)
1 sudu kecil yis mauripan-(1 tsp yeast)
40-50 ml air-(40-50 ml water)
*minyak untuk menggoreng-(*oil for frying)
*1/2 sudu kecil garam-(*1/2 tsp salt)
*3 sudu makan gula-(boleh dikurangkan jika tak suka manis)-saya gunakan 1 sudu besar aje -(*3 tbsp sugar-can reduce if dont prefer sweet - I added only 1 tbsp)
*175ml air panas-(*175 ml hot water)
1 sb shortening- mokwo tambah sendiri, utk memudahkan menguli
Method:-
Satukan bahan *bertanda dan panaskan, kacau sehingga gula hancur dan tutup api. Satukan tepung, yis dan gaulkan. Masukkan bahan yang dimasak tadi kedalam tepung dan yis dan gaul dengan menggunakan garfu sehingga bercampur sahaja.
Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti(bread crumbs). Tambahkan air sedikit2 dan adun sehingga tak melekat di tangan dan menjadi doh .
perap doh selama 30 minit.
Bahagikan doh pada 12 bahagian dan bulatkan kecil.
Canai doh nipis macam karipap/duit 50 sen.
Siap untuk digoreng sebiji sebiji .
Sources:-From Yatiezaini@myresipi.com
salam kak su,
ReplyDeletewah...! mejadi la kak buat. cantik..saya juga blom buat2 lagi. sedap ni wat cecah2 kari...
salam su...nampak cam senang je...tapi boleh jadi macam su punya ke kalau saya buat...sbb roti2 ni memang tak pandai...goreng dlm minyak banyak ke su?...
ReplyDeletewsalam indahhouse...sorry akak tak tau nama.. percubaan pertama tak sangka menjadi...alhamdulillah...memang sedap cicah kari...
ReplyDeletewsalam ima... bahannya memang senang..wat pun senang hehe..goreng dalam minyak banyak, akak goreng sebiji2 kat kuali...bila dah kembong baru dibalikkan..
dah try mmg menjadi dan gebu. anak2 suka. mkn mcm tu pun sedap.
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete