Hari ibu haritu tak potong kek so sajelah wat sempena hari ibu kek tu.. bagi kat emak potong... ok u all layan jelah pics ni, wat adik ku Yatie terima kasih banyak sudi kongsi resepi sedap ni...
Resepi Kek Span Strawberry
Bahan:
* 5 biji telor (A)
* 150 gm gula halus
* 1 sudu besar ovallete
* 80 ml minyak (Su tukar butter cair)
* 80 ml susu segar
* 1 sudu kecil baking powder*
* 150 gm tepung gandum* di ayak
* 1 sudu kecil perisa strawberry/ vanilla nak perisa lain tukarlah ye..
* sedikit pewarna, jika suka-
Cara-cara
- Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
- Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi hingga benar2 kembang.
- Masukkan susu segar dan minyak berselang seli dengan tepung yg di ayak bersama b.powder.
- Masukkan vanilla/perisa strawberry atau pewarna dan gaul sebati guna senduk je.
- Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
- Tuangkan adunan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah C.
- - Saya bahagikan pada 2 bahagian dan bakar berasingan supaya kek kelihatan rata bila masak dan tidak perlu di belah 2.
- Bila dah masak keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit.. lepas tu terbalikkan di redai kek bagi mengelakkan kek kita kempis.
- Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas. Biarkan kek benar2 sejuk, barulah di hias ikut selera masing2.
*4 sudu besar butter
*1 cwn shortening
*2 cwn confectioner powder sugar
*3 sudu besar susu segar
Cara2=>
- Campurkan butter, shortening dan powder sugar.
- Putar atau pukul sampai sebati dan halus.Dasebati campurkan susu segar dan pkl sebati.
- Setelah sebati dan halus, bolehlah sapu pada kek mengikut kreaviti masing2. Selamat Mencuba.....
Salam Kaksu, wow dah jadi kek strawberry...nmpk sedap, terlupa yatie nak beritahu..kalau dah siap deco kek tu, kena letak peti ais selama 1 atau 2 jam, barulah cantik bila di potong...apa pun tahniah utk kaksu...ada lagi tak, nak sepotong..
ReplyDeletewsalam yatie, jadi dan sedap kek tu, akak ada resepi serupa tapi tak letak susu, pernah buat dia bentan...semalam try resepi yatie menjadi sukanya rasa hehe.. mana sempat nak simpan lama dalam ais box...budak2 dah tak sabar nak makan.
ReplyDeletenak sepotong ke...amiklah dalam esbox tu...akak simpam tuk yatie hehe...
salam su.
ReplyDeletesukanya akk tgk gmbr mak su potong kek dgn thaqif tu. ttu mak su bangga potong kek hasil dr air tangan anak sendiri. mak su mmg nmpk muda dr usia la.
arwah mak akk dulu pn sesekali akk buat kuih, selalunya time raya senyum lebar ke telinga. dulu2 akk rajin buat cookie n pelbagai kek sbb arwah mak suka. sedih la klu ingat2.
cantik su deko kek, dah lama akk tak mengising kek. tangan pn dah kaku rasanya. huhu...
Salam Kak Su..kenapa sepi?windulah..x siht ke?
ReplyDeletehari2 g dapur akak ni..hehehehe