rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Monday, May 3, 2010

Spagetthi Bolog simple jer...


Assalammualaikum semua, moga sihat. Dah masuk bulan Mei...sekejap jer rasanya dah nak setengah tahun 2010 berlalu. Bulan Mei ni banyak yang nak diraikan, bday HB, anniversary we all, hari guru...tunggu jerlah n3 nya nanti...
Ok ni menu ringkas malam semalam, balik gi Air Hitam dan Kluang, singgah sana kejap sini kejap...ahhh letihhh..tapi seronok dapat bawa anak2 gi jalan2 cari keperluan mereka...
Just wat spagethi ringkas ni...

Bahan-bahan

  • spagethi- direbus ikut jer apa yang tertulis kat pembalut tu..
  • 285g sos spagetthi
  • 3-4 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • garam
  • keju parmesan - topping. (tak letak pun stok habis)
  • Ayam goreng atau nugget
Cara-cara
  1. Panaskan minyak zaitun,tumiskan bwg putih hingga kekuningan. Masukkan tomato yg dipotong dadu.masak sampai tomato hancur.
  2. Masukkan sos spagethi. Perasakan dengan skit garam. Didihkan.
  3. Hidangkan..tabur ayam goreng dah di racik atau nugget(potong kecil) atas spagethi tuang sos spagethi, tabur keju parmesan...jemput makan semua...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails