rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Sunday, May 23, 2010

Pizza Roti dan Jemput2 Air Panas

Salam dan selamat berhujung minggu... lambat sikit n3 bekpes pagi tadi, tapi tak pelah u all layan jerlah pic ni yek... ni kira siaran ulangan, coz pizza roti ni dah pernah n3 b4 this. Bekpes ni sempoi dan sedap tu yang suka buat n suka makan kihkih... So kalau nak tengok resepi gi siniPagi tadi wat jugak jemput2 air panas, biasalah bila cuti semua ada kat umah sarapan kena buat lebih sikit..jemput2 ni sedap coz garing kat luar tapi lembut kat dalam. Bila dah sejuk pun tetap lembut, tapi agak berminyaklah...benda bergoreng...biasalah... kalau ada yang nak try tengoklah resepi kat bawah ni...tapi biasalah wat jemput2 ni main agak2 jer..Jemput2 Air Panas
Bahan:(agak2 jer nih..)
1/2 kilo tepung gandum
4 ulas bawang merah mayang/tumbuk
ikan bilis (yang halus2 tu sedap) kalau tak de, tumbuk bilis tu kasar2 jer
sikit daun sup/daun bawang ikut sukalah...
2 sudu teh garam(agak2lah jangan masin sangat pulak hehe)larutkan dalam air panas
sedikit serbuk perasa atau serbuk 'pasti sedap'- suka lah nak letak ke tak...
air panas secukupnya(mendidih)
minyak dan kuali tuk menggorenglah...hehe
Cara2nya:
Masuk tepung dalam mangkuk(yang tahan panaslah yer..) Masuk bawang, bilis, daun sup dan serbuk 'pasti sedap', gaul rata semua.
Tuang air panas mendidih sikit2 dari tepi mangkuk dan kacau dengan senduk kayu. Tepung akan jadi berketul dan masak, teruskan tuang air panas dan kacau sampai semua tepung rata. Adunan agak keras (macam doh) bukan cair macam kita wat cekodok biasa tu..
Kalau dah rata semua boleh digoreng macam biasalah, adunan ni panas so gunalah sudu tuk membentuk jemput2 ni biar bulat2, tapi yang Su buat ni pun tak bulat kihkih. Ok selamat mencuba..



5 comments:

  1. Salam kak ..hepi aniversary yea..sori lambat wish line tenet kejap ok kejap ko kat Segamat ni..maklumlah berukband hehehe..tergoda tengok bekpes akak petg2 mcm ni..hehehe..mintak segelas orange juice yea..

    ReplyDelete
  2. wsalam siti, terima kasih..tak pe lambat ke cepat..ingatan tu yang akak hargai..
    bekpes simple jer...nak oren yer...nanti akak buatkan, duduklah dulu ye...

    ReplyDelete
  3. salam kaksu.
    baru je sehari dua lepas kakchik buat pizza roti, hari ni akak pulak yg buat. ringkas, cepat dan sedap. kaksu punya lagi best la...

    ReplyDelete
  4. salam kaksu

    kite slalu buat jemput2 ikan bilis tp tak penah guna air panas ..boleh cuba ni..tq..

    ReplyDelete
  5. wsalam kakchik...akak wat biasa2 jer...bila ramai kat umah kalau boleh segala benda dalam aisbox tu nak diselongkar...tu yang macam2 ada hehe... betul tu sedap dan ringkas pizza roti tu.

    wsalam datin El, cubalah jemput2 tu sedap n lembut...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails