rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Friday, February 19, 2010

Apam gandum sempoiii..

Salam bertemu lagi, terasa lamanya tak menghupdet umahku ini. Sejak hari Selasa haritu tekak ni sakit dan perit disebabkan tonsillitis. Dah beberapa kali gak kena so dah faham perangai sakit ni... satu badan sakit( demam urat), sakit kepala, demam panas dan yang paling perit payah nak menelan walaupun cuma air. Terima kasih tuk HB yang berjaga malam2 buta mengelap dahiku dengan towel basah coz badan ni panas sangat dan menemankan bangun 3.20 pagi tuk makan antibiotik(8jam sekali kena ikut betul baru cepat baik). Sib baik cuti sekolahkan... alhamdulillah pagi Jumaat ni bangun terasa dah ok sikit. Jemu 3 hari makan bubur dan roti jer, so gagahkan diri mengadun apam yang paling sempoi ni... Su cicah sikit jer kelapa takut tekak ni gatal pulak.. Oklah kat bawah ni resepinya kalau ada yang teringin coz benda2 simple ni sedap gakk bagi orang tak berapa sihat macam Su ni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
3 1/2 cawan air
10 g yis + 1/2 cawan air suam+ 1 sudu teh gula larutkan (biar dalam 10 minit mengembang)
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar marjerin
kelapa parut putih + sedikit garam + sedikit gula
sedikit pewarna kuning dan hijau
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul rata tepung dengan gula dan garam. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2. Masuk marjerin gaul rata. Bahagi dua, warnakan hijau dan kuning (ikut suka yer nak warna apa pun)
  2. Lenser berukuran 10"x10" inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi berselang seli warna hijau dan kuning. Biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit ( balut penutup kukus dengan kitchen towel supaya air tak menitis atas apam). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong (agar cantik bila dipotong) Hidangkan bersama kelapa parut tadi.... Su tak sempat tunggu sejuk pun coz makan panas2 lagi sedap hehe


4 comments:

  1. wow,,sedapnya apam tradisional ni....dah lama x makan...

    ReplyDelete
  2. Kalau guna kurier agak2 basi tak

    ReplyDelete
  3. Mama miraki, memang sedap dan senang bila buat resepi2 lama ni, badan tak berapa sihat ni bila cepat masak cepatlah bleh makan, pastu rehattt depan tv hehehe.

    MSOM, hehehe tak kan nak guna kurier... try buatlah, entah2 wife u lagi handal membuat kuih muih ni..

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Sue..Bestnya tgk lemon dalam teh tu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails