rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Saturday, February 20, 2010

Info sihat untuk anak anda!!

Selamat malam.... dah macam tajuk lagu Faizal tahir tuhh... hari ni tak masak2 tapi ada info yang baik tuk anak2 kengkawan ok...

Kafein bukan untuk kanak-kanak:
Tidak kira kanak2 atau orang dewasa, pengambilan kefein yang berlebihan boleh membawa masalah kepada perut, sakit kepala dan susah tidur. Bagi kanak2, mereka lebih berisiko menghadapi simtom ini. Antaranya masalah obesiti dan kerosakan gigi. Oleh sebab kefein bersifat diuretik, ia juga boleh menyebabkan tubuh menggunakan banya air dalam tubuh. Lama-kelamaan masalah dehidrasi akan terjadi. Lebih buruk lagi kefein juga boleh menyebabkan masalah kepada hati. Sebagai ibu bapa, anda seharusnya peka dan membataskan jumlah pengambilan kefein oleh anak2 anda.

Minuman panas redakan batuk anak..
Sakit tekak dan batuk merupakan penyakit yang biasa menyerang kanak2. Antara minuman panas yang boleh anda sediakan ialah air limau yang dicampur dengan madu suam, jus epal suam atau air coklat panas. Tapi bila batuk atau sakit tekak berterusan segera bawa berjumpa doktor.

Jus buah untuk anak demam..
Bagi anak demam yang tiada selera makan, bagi dia makanan kegemarannya dan galakkannya makan. Tapi jangan memaksa anak anda makan, sekiranya dia tidak mahu makan pastikan dia minum banyak air atau jus buah-buahan. Kerana ketika demam, anak akan kehilangan banyak air di dalam badan.

Sumber : Majalah RASA Jan 2009

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails