rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Monday, February 22, 2010

Apam lagii?? Apam Pisang Pulak!!

Salam.... selamat berjumpa lagi.... aahhhh dah bersawang umah ni, sambil2 kemas ni nak menepek resepi apam lagi ok. Ni mood meng'apam' tengah tinggi. Resepi asal amik dari umah yang memang banyak resepi yang mengoda selera, sapa lagi kalau bukan hero yang kat Sedenak tu, CMG (Cik Mat Gebu) maaf main amik jer resepi ni, mintak halallll yea cik mattt.. terima kasih banyak, sedap dan gebu apam ni. Tapi ni kes menderhaka, tak guna pisang emas pun, entah pisang apa yang dah masak tu Su guna jelah, nampak uratnya kasar sangat tak macam yg cik mat buat, tak kisahlah asal sedap kihkih....BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (kurang lebih 200 g isi pisang)
3/4 cawan gula halus atau gula perang. (gula perang kehabisan tu yang pucat jer apam tu hehe)
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair atau 1/4 mentega dan 2/4 minyak masak)
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
Secubit garam, sikit esen vanilla(suka hati jer coz tak de esen pisang)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih.
  2. Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.
  3. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim (berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  4. Masukkan esen vanilla (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 15 minit. Gunakan api sederhana besar.

2 comments:

  1. Salam Kak Sue,
    Sedapnya apam ni..kalo saya memang suke buat kek, apam, muffin & yg seangkatan dengannya yang ada nampak urat cam gini...

    Kak acuan waffle tu mcm sandwich maker gak...Tapi saya punya snek maker..means boleh tukar² platenya utk sanwich, waffle, pancake & grill...

    ReplyDelete
  2. wsalam nenie, kaksu pernah tengok gak dalam katalog cosway, snek maker tu tapi dah habis so tak dapat beli, kedai kat mersing ni cari memang tak jumpa... berapa ek harganya? mudah2 dapatlah carikkk...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails