rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Wednesday, February 24, 2010

Yok mangan lemet sore2...

Assalammualaikummmm.... paham ke tajuk kat atas tu??? ooopppsss ngomong jowo pulak.. Lemet tu samalah dengan belebat pisang ke lepat pisang ek, tak taulah. Buat kuih berasas pisang lagi... biasalah nak perabis pisang masak kat dapur tu, buatlah belebat ni... Tengah hari tadi masak ayam masak tomato jer fevert Izz Thaqif. Hari ni Mr HB tak makan tghari kat umah sebab kat sekolah ada kursus teknik menjawap soalan UPSR untuk budak tahun6 dari pagi sampai 6 petang ni.
Balik semula kisah belebat lahh..buat resepi paling senang dari emak Su. Mungkin orang lain ada resepi lagi sedap yang dibubuh dalam bahan2nya kan... tepek jelah bahan yg Su guna tadi...
Bahannya:
pisang awak atau pisang raja sesisir (sesikat)
2 cawan gula pasir (ikut suka nak manis seberapa)
5 cawan tepung gandum
sebiji kelapa parut putih
2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya
ini versi bersusu, sedappp...Caranya, lenyek semua pisang dengan garam dan gula, bila dah hancur masuk kelapa dan tepung sikit2. agak2lah jangan pekat sangat nanti keras pulak belebat tu bila dah masak.
Sudukan atas daun pisang, lipat daunnya buat sampai siap pastu, kukus lebih kurang setengah jam. Boleh makan ok... Su try makan letak susu cair atas belebat tu... sedapppp!!! trylah.. heheh boleh tambah berat badan hahaha

1 comment:

  1. yuk yuk..weteng ku pun tgh ngeleh iki...haha ha (entah betul ke tidak)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails