rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Monday, February 8, 2010

Roti berinti coklat

Salam hari isnin semua. Semalam dah bersantai2 di pantai Mersing, hari ni mulakan minggu baru, dengan tahap kerajinan yang lebih sikit... Pagi tadi lepas menyiapkan order mufin dari Cg Zaidah, terus meroti pulak. Guna resepi roti asas jer, coz anak2 nak makan roti cekelat, Su pulak memang tak berapa minat dengan cekelat, boleh buat Su sakit kepala, so separuh adunan tu berinti sambal tumis ikan bilis. Dibawah ni resepi roti tu cnp dari umah Dr Inaharlina lagi... kalau nak tau... banyak lagi resepi yang best2 kat umah dia tu, tak cayaaa??? gi lah jenggah umah dia!!
Ok lah jumpa lagi byeeee...

Ini roti berinti sambal tumis ikan bilis, hodoh sikit rupa dia hehe..


RESEPI ASAS ROTI

Bahan:


400gm tepung roti
190ml air suam

2 sudu teh yis kering

2 sudu besar mentega/marjerin

5 sudu besar gula caster
2 sudu besar susu tepung

1 sudu teh garam
1 biji telur
dan 1/2 suduteh each bread improver & bread softener

Cara-caranya:-

Kalau guna manual,masukkan gula,yis kedalam air suam,biarkan campuran berbuih,then masukkan tepung ,susu,garam,marjerin,telur ..uli sehingga sebati..kemudian biarkan 1/2 jam. bila naik..ambil adunan tadi ,pukul sket untuk membuang angin..bentukkan bulat2..rehatkan sebentar kemudian bolehlah dibuat berbagai jenis roti yg disukai. Kali ni Su buat roti berinti coklat dan sambal ikan bilis. Roti dibakar dalam15-20min je pada suhu 180 `c.
Projek mufin cekelat pagi tadi....

3 comments:

  1. salam sue. dalam dok selsema pun kakchik macam terbau-bau je roti home made ni.
    kakchik ni mmg pantang tengok roti, mmg terliur je tapi kita samalah sue, tak leh nak makan cekelat tu, pening kepala. kakchik suka inti kacang.

    ReplyDelete
  2. Mama pun suka roti inti sambal ikan bilis...

    ReplyDelete
  3. wsalam kakchik, kesiannya selsema ke, musim kot sekarang ni... anak su yg kecik tu pun selsema. ada migrain jugak ke kakchik?


    Salam mamafami... sukanya mama sudi tengok blog su ni... su suka tgk blog mama coz resepi2 nyer memang menjadi dan sedap pulak tuuu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails