Ok balik citer nasi lemaklah.. nasi tu Su buat macam biasa jer guna santan kotak ayam brands, malas nak memarut kelapa, sebenarnya tak pandai pun nak parut ngan mesin kelapa tu takut kena tangan ku yang lembut ni hahaha, biasa yang tolong parutkan abah Su... sambal pulak buat sambal tumis ikan bilis jer, udang masih kat pasar Mersing kihkih.. Su cnp resepi nasi lemak dan sambal udang manis dari rumah Yatie nun kat US tu... manalah tau nanti anak dara/ bujang Su nak masak nasi lemak bolehlah deorang tengok kat sini. Nway tq n mintak halal resepinya yea Yatie... byeee... jumpa lagiii...
Nasi lemak:
Bahan-bahannya
* 4 cwn beras (beras AAA)
* 5 cwn santan
* 1/2 biji bawang besar (hiris)
s* 2 ulas bawang putih (hiris)
* 1 inci halia (hiris)
* 2 helai daun pandan - disimpul
* 1 batang serai - dititik
* garam secukup rasa
* Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
* sambal tumis
* ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
* telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
* timun yg dihiris
* kacang tanah goreng
* dan lain2 ikut selera
Cara-cara
1. Hiris bwng besar, bwng putih dan halia.
2. Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 hiris,daun pandan dan serai.
3. Tuang santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
4. Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.
Sambal udang manis
bahan-bahannya * 500 g udang hidup - bersihkan
* 1 cwn cili kering kisar
* 1 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit belacan*
* sedikit kunyit hidup*
* 1 batang serai - dititik
* minyak masak - untuk menumis
* 1 biji bawang besar - dihiris bulat
* 1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
* garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dengan cili kering kisar.
- Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar yang di hiris bulat.
- Tumis sebentar sahaja, masukkan bahan2 yang dikisar dan serai hingga garing dan terbit minyak.
- Masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.
- Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan kacau hingga sebati.(biasanya sambal udang sedap manis sikit...)
- Setelah rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment