rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Monday, April 25, 2011

Apam Gula Hangus Sempoiii...

Assalammualaikum dan jumpa lagi... N3 kali ni apam gula hangus permintaan emak, dan resepi pun dari emak Su, sempoi n senang nak buat, bahan pun mesti ada punyalah kat mana2 dapur pun... resepi ni lain sikit dari kek sarang lebah tu...apam ni tak bersarang tapi lembuttt...dan tak muak. Kalau nak mencuba silalah tgok resepinya...
Juga N3 tertunggak hari Sabtu, muffin chips coklat, karipap dan nasi ayam...layan pics jomm..

APAM GULA HANGUS

Bahan2nya:
  • 4 biji telur
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 3/4 cawan tepung gandum.
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. 1 cawan gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan 1 cawan air. Sejukkan.
  2. Pukul telur dan gula 1 cawan sampai kembang dan naik.
  3. Masuk tepung yang sudah diayak bersama soda bikarbonat dan garam, Kacau rata.
  4. Masuk minyak, kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan gula yang telah disejukkan tadi.
  6. Tuang adunan dalam loyang atau periuk lubang
  7. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik macam buat kuih lompang-kalau sukalah
  8. Bakar atau kukus suka hati.- Su bakar pada suhu 170C selama 45minit, ikut oven masing2 ye..
Mufin dan karipap order by Rafi tuk bengkel fotografi di PKG Mersing -for breakfast
dan nasi ayam tu makan tengahari

3 comments:

  1. Waaa...macam2 ado....rajinnya...

    ReplyDelete
  2. asslamualaikum su.
    rajinnya thaqif tolong. comel aje. hehe... wah su, mcm2 su masak.:))

    ReplyDelete
  3. cik cek...rajin je bila ada yang meng'order' hehe...

    waalaikumsalam kak anis... rajin gak bujang kecik tu bila disuruh...dah makin tembam thaqif tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails