rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Tuesday, April 26, 2011

Apam Labu

Assalammualaikum... selamat petang, buat menu apa tuk minum petang? Hari ni saya mencuba apam labu, dah lama tgok kat umah Yatie, bila ada labu kat dapur, tu yang mencuba... memang lembut dan sedap tapi tak merkah lah pulak macam yang Yatie buat. Ramai dah mencuba tapi saya copy resepi dari umah Yatie JB...terima kasih banyak2...

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  5. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
  6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
Nota: (dari yatie)
Kalau nak apam yang merekah/mekar, sila gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lompang. Jika menggunakan acuan lompang yg di sapu sedikit minyak, apam akan naik biasa saja dan x merekah sangat....

2 comments:

  1. Sejak kes tercedera kopek labu dulu saya memang dah serik beli labu... tapi labu sedap, masak lauk sedap, buat kuih lagi sedap... mintaklah yg kak su punya sikit.. ada lagi tak??

    ReplyDelete
  2. cantik berseri warna apam ni... rajin su masak kuih setiap hari

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails