rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Friday, April 8, 2011

Kek Tiramisu

Assalammualaikum... dah hujung minggu lagi... hujung minggu di Felda, mesti ada undangan majlis perkahwinan dan Yasinan yg perlu dipenuhi...
Harini agak letih gak, dari pagi sampai tgahari menyiap order, petang pulak ke Mersing hantar order, alhamdulillah rezeki kan...
sambil2 buat order tu menyempatkan buat kek coklat tiramisu... dah lama sekodeng, jeling, intai kat blog Isratun Idris - Dapur Kecik yang kencang bisnes nya tu... akak mintak izin cnp resepi kat sini pulak ye, terima kasih banyak..
Kek Tiramisu

Bahan-bahannya:

1 Biji kek kecil (spong cake atau apa-apa cake) Su guna kek coklat kukus
250 ml whipping cream
200 ml cream cheese
1/2 cawan gula halus (atau ikut tahap kemanisan yg anda suka)
1/2 sudu makan nescafe (boleh lebih jika suka rasa pahit )
1 cawan air panas
sedikit serbuk koko

Cara-cara:-

1. Bancuh serbuk nescafe dengan air panas.
2. Masukkan Whipping cream, cheese dan gula, pukul hingga kembang.
3. Bahagi dua kek anda dan letakkan dalam bekas yg sesuai.
4. Lapisan pertama, siram dengan separuh bancuhan nescafe
5. Lapisan kedua diratakan separuh adunan 2.
6. Ulangi langkah 4 dan 5.
7. Lapisan teratas akan ditabur dengan serbuk koko.
8. Simpan dalam peti sejuk 4-5 jam sebelum dihidangkan.
9. Enak dimakan sejuk.
muffin coklat wif coklat ganche n coklat rice dan kek coklat kukus wif coklat ganache order by Hajar n Syahrul Iyzani dari Politeknik Mersing, tq dik kalau sudi orderlah lagi hehe...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails