rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Wednesday, April 20, 2011

Mee Kari...

Assalammualaikum dan berjumpa lagi pada yang sudi singgah... Hari ni selepas membakar mufin, Su masak mee kari, sebab bahan2 pun ada, tapi masak gak nasi, biasalah makan tengahari kalau ngan mee ni suami Su tak berapa layan... tapi dia makan jugak mee kari tu belah petangnya dan kata sedappp...
Resepi amik kat My Resipi sebagai rujukan tapi ada jugak bahan yang Su tak masukkan, macam udang coz alergik leh gatal satu badan dan suami pulak silap2 leh menimpang kena gaout... Jom tgok kalau ada yg nak buat menu tuk makan malam...

Dah tgok dua tiga kali baru perasan mee kari ni tak nampak mee pun hehe...terlindung dek bahan lain...
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
  • mee kuning - celur sekejap
  • 300g potongan ayam/daging/tetel (Su guna ayam)
  • 200g udang segar (Su tak letak, alergik udang)
  • *1-1/2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 atau lebih tangkai lada merah - leh juga gune cili kering
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci lengkuas
  • rempah tumis 4 sekawan
  • 2 sudu besar pes kari daging
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1-2 ketul kiub ayam (Su guna 1/2 je)
  • 1-2 keping asam gelugur
  • santan pekat (secukupnya)
  • air
  • fish ball/fish cake
  • tauhu pok
  • kerang rebus - jika ada
  • garam, perisa/gula (jika suka)
  • >>Bahan-bahan sampingan<<
  • sawi - celur ngan pokok2 skali then potong 3cm
  • taugeh - buang ekor
  • telur rebus - belah dua (Su malas nak rebus telur hehe)
  • tauhu goreng - hiris nipis
  • bawang goreng, daun bawang, hirisan cili ijau dan merah.
  • limau kasturi / limau nipis
  • sambal tumis (tak buat pun)

Cara-cara

  1. Blend bahan yang bertanda *.
  2. Tumis bahan2 tersebut dan juga bhn2 rempah tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam/daging/tetel dan juga air. rebus hingga empuk.
  4. Masukkan pes kari daging, serai, daun kari, kiub ayam,asam gelugur dan juga santan. didihkan sebentar.
  5. Masukkan pula udang, kerang, fish ball, tauhu pok,kerisik,garam dan juga perisa/gula jika suka.
  6. Didihkan lagi sekali. tutup api.
  7. Hidangkan mee bersama2 kuah dan bahan2 topping dan juga sambal utk yg suka lebih pedas!
  8. SeLaMat MenCuBe!
Muffin tuk Nini sempena birthday nya hari ni...selamat panjang umur...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails