rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Friday, April 15, 2011

Devil's Food Chocolate Cake

Assalammualaikum... selamat berhujung minggu...ke mana cuti hujung minggu? dalam hati ni berangan-angan nak jenjalan tepi pantai, tapi tengahari ni hujan pulak, harap2 petang kang teranglah hendaknya....
N3 kali ni muffin n kek yang Su buat semalam n pagi ni. Biasalah bila bahan2 dah keluar dari ais box tuk wat order, buatlah sekali kek yang teringin dicuba....Kali ni Su try buat Devil's Food Chocolate Cake, resepi copy dari blog Ayu Singapore memang sedap...aaahhh semua kek bila ada cheese memang sedap je kat tekak Su ni... camnerlah nak kurangkan lemak yang makin menebal ni hukhuk... Su hias kek tu tak cantik coz nak cepat siap n nak cepat makan hehe... Ok layan jelah...

Bahan: -
1 cawan tepung gandum
1 / 4 cawan cocoa powder
3 / 4 sdt soda bikarbonat
1 / 4 sdt garam
1 / 4 cawan gula pasir
1 / 4 brown sugar
65 g mentega
1 biji telur besar (L)
1 sdt vanili ekstrak
1/4 cawan buttermilk-(buatan sendiri 1 cawan susu ditambah dengan 1 sudu makan cuka. Rehatkan selama 20 minit tetapi recipe ni hanya gunakan 1/4 cawan saja)
1/2 cawan air suam

Kaedah:-
Set oven 170C. Siapkan loyang kek anda.
Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.Terakhir masukkan vanili estract. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
250g Philadelphia cream cheese
125g mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
jus daripada lemon
double boil cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.


Chocolate Ganache:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
200ml double cream-(Su gunakan whipping cream)
250g coklat gelap dicincang halus
sedikit garam
Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.
From:-cupcakeschek.blogspot.com


Kek, muffin mini n muffin wif coklat ganache order by Kak Min, terima kasih moga berpuas hati...

1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    memang minggu coklet sunggung minggu ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails