rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Tuesday, April 12, 2011

Ayam Goreng Ala KFC dan Mashed Potato

Selamat petang semua, ni menu tengahari tadi... tapi masih ada baki tuk makan malam pulak hehe.. ayam goreng ala KFC dan mashed potato. Ayam goreng ni banyak versi kan, dan ramai kawan2 yg dah mencuba tapi kali ni Su try resepi yang Su jumpa diblog Alkiram.Net. Untuk resepi mashed potato dah pernah tepek kat sini coz dah berulangkali buat n memang sedap pun.. jom lah tengok tak yah cerita panjang2 kan..
KFC Extra Crispy
Bahan-bahan : 1 ekor ayam potong menjadi beberapa bahagian
6-8 cawan minyak tuk mengoreng
Bahan- bahan lain :
1 biji telur, di pukul
1 cwan susu
2 cawan all-purpose flour
2 1 / 2 sudu teh garam
3 / 4 sudu teh serbuk cili
3 / 4 sudu teh MSG
1 / 8 sudu teh Paprika
1 / 8 sudu teh Garlic Powder
1/8 sendok teh sodabikabonat
Cara membuat :
* Buang lebihan kulit dan lemak dari potongan-potongan ayam.
* Panaskan minyak terlebih dahulu didalam kuali gorengan dengan kepanasan mencecah 350 darjat.
* Campurkan susu dan telur. Aduk rata. Ketepikan
* Campurkan tepung, garam, serbuk cili dan paprika , MSG, serbuk bawang puteh dan sodabikabonat
* Letak potongan ayam tadi diatas kain atau tisu dapur supaya air di badan ayam tersebut kering.
* Celupkan potongan2 ayam tersebut kedalam campuran telur dan susu lalu golekkan ayam tadi dengan campuran tepung kering pula, kamudian ulangi celupan kembali ke dalam campuran telur dan susu, kemudian kembali ke dalam tepung. Lakukan secara hati-hati dan cermat supaya berlapis tepung dengan baik.
* Ketepikankan ayam yang sudah terlapis tepung tadi di dalam bekas.
* Kemudian baru masukan potongan2 ayam yang sudah berlapis tepung tadi kedalam miyak yang sudah dipanaskan
* Gorenglah minimal 4 potong ayam selama 12-15 minit, atau sampai keemasan.
Bahan-bahan Mashed Potato
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream - letak sikit jer nanti lembik sangat
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 1 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih
Caranya:
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!Memang sedappp bebb!

1 comment:

  1. Assalamualaikum kaksu..
    Salam kenal. Resepi kat atas ni kalau guna rangka ayam tu boleh sesuai ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails