rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Thursday, April 8, 2010

Apam Aiskrim Soda

Salam malam Jumaat semua, moga bahagia dan ketenangan jiwa melingkungi kehidupan kita semua. Pagi tadi ke bandar Mersing meneman hb wat medical check-up... malas nak ke hospital daerah yang pasti ramai dan lama menunggu we all gi je klinik An-Nur... klinik Dr Mohd Jaim yang friendly dan mesra pelanggan ewahhh kan main lagi puji hehe coz doc ni lah yang we all jumpa bila tak sihat.
Petang tadi wat apam aiskrim soda atau apam senyum yang dah banyak nampak kat blog lain sebelum ni kan... hari ni Su try resepi dari kenalan di FB yang bernama Rohaya yang berada di TUDM Shah Alam. Walau baru berkenalan tapi selalu sembang di fb. Tokeh kuih muih jugak ni kalau ada yang nak order carilah di fb.. dengan izinnya Su share resepi ni.. time kasih Aya...

Apam Aiskrim Soda

Bahan-bahan
2 biji telur(B)
250g gula kastor - Su guna gula pasir blend sikit 200g jer
1 sudu teh ovallete
150ml air aiskrim soda
200g tepung gandum
Sedikit pewarna ikut suka
Papercup secukupnya
sedikit garam dan esen vanila- ni su tambah sendiri
filling ikut selera- su guna jem blueberryCara-cara
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung kacau lagi pastu masuk aiskrim soda kacau dengan senduk kayu.
  3. Gaul sebati dan rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna asal dan satu lagi warna merah.
  5. Kalau nak mudah, masukkan adunan dlm plastik dan gunting bucunya,lepas tu picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  6. Masukkan mangkuk kertas ke dlm mangkuk kecil dan tuang adunan tadi. Kukus dalam 10 minit. Air mesti mendidih dan api sederhana.

6 comments:

  1. ala comeiinya apam tuuu!..nampak gebus dan lembut...

    ReplyDelete
  2. Salam kak sue..mintak sikit apam pink kaler dua ketoi..cantik n menawan hatiku..

    ReplyDelete
  3. comel apam tu macam tuannya...cun je kalernya...

    ReplyDelete
  4. salam kak sue. comel2nya apam tu. sedapnya kalau rumah kita berjiran, boleh le singgah sebentar kot2 le ada rezeki hehe

    ReplyDelete
  5. dayang... comeikan bila colour dia soft camtu.. memang lembut n gebuzz, nah amik ni akak bagi rasa hehe..

    siti.. tak kan 2 ketoi jer.. amiklah lebih akak tak kisah banya lagi kat dapur tu..

    yatie..comel ke tuannya ni... pipi pun dah naik cam apam hehe cun kan kaler pink..

    kakchik... kalau dekat memang akak dah suh anak hantarkan hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails