rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Tuesday, April 20, 2010

Kek Span Strawberry

Assalammualaikum semua... dah update blog lum?? hehe ini dah macam kemestian sekarang ni kan... tak update pun mesti nak jengah blog, maklumlah addict wakaka..tu lum sembang2 kat fb pulak... fuhhh bila nak bersenam ni..hehe..
Pepagi tadi(kul 6 pagi) dah jadi tukang gunting- Izz Thaqif punya hallah ni... semalam cikgu dia sound rambut panjang, ada ke pukul 11malam baru ingat dan menagis nak gunting rambut, pujuk dan gunting pagi tadi. Sib baik mama dia ni boleh menggunting bukan jer kain ela tapi jugak rambut kihkih...
Oklah citer kek kat bawah ni pulak lah... wat kek span strawbery - satu adunan bahagi 2. Ini request si Nadia pagi tadi, hari ni birthday member baiknya Nini. So buat guna apa yang ada dalam stok ajerlah..just sapu whipping krim jer... resepi ni dah pernah tepek, tapi cnp lagilah, senang nak tengok kan.. layannn...
Resepi Kek SpanBahan-bahannya:

  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor A
  • satu sudu besar ovalette
  • 80ml jus oren (Su ganti jus strawbery)
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh parutan kulit lemon(x letak pun)
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna kuning - (guna kaler merah)
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan jus strawbery dan sedikit pewarna merah...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius(oven Su 140 drjh cel)
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
  6. Dah sejuk boleh hias suka hati. Su cuma sapu ngan whipping krim.
kek bawah ni Izz Thaqif punyalah siapa lagi kannn, setiap kali wat kek mesti nak tulis nama dia..

5 comments:

  1. salam su. sedapnya kek span ada icing lg. klu dkt mmg akk dah tempah utk harijadi Hamimah Ahad dpn.

    Gelihati bc ceta su ttg taqif. budak2 mmg mcm tu kdg2 lbh takut cikgu dr kita emaknya. last minit dia ingat nak potong rambut. kesian juga ttu bila teringat2 dia pn jd kalut.

    ReplyDelete
  2. bertuahnya birthday girl tu dapat kek strawberry.. yummmy!

    ReplyDelete
  3. hai, salam kenal...teruja dengan tajuk blog ini, cerita orang Mersing..saya pernah sampai ke sana, nak ke Tioman. tapi dah 5, 6 tahun yang lalu kot. unfortunately masa kat Tioman, saya terpilih salah chalet, so, visit was not very enjoyable. tapi saya tetap kagum dengan lautnya, sangat kristal clear. dan ingin berkunjung lagi, mungkin nak pulau yang lain pula :)

    p/s: kek stroberi itu sangatlah menggiurkan

    ReplyDelete
  4. salam ucu..whip cream tu selalunye kita x tambah gula dah sbb mmg dh manis pun! kita selalu pukul lbhkurang 6-8minit dgn kelajuan tinggi(bergantung dgn whisker).. jangan terlebih lama pukul sbb ia akan kembali cair & berketul2 lak! bila dh gebu just nice..terus stop pukul! pepun nmpak ucu punyer krim ni dh cantik gebu kembangnye..hehe!

    ReplyDelete
  5. wsalam kak anis, wah mesti akak dah plan nak masak apa tu hamimah kan..
    anak su ni memang takut dan geli dengan mesin potong rambut tu...jadi su kena guna guntinglah.. penattt kihkih..

    sari..kek ni memang sedap dan lazat trylah wat..

    mak su..lein kali singgah lah nitar pulak,kalau datang mersing..leh kita jumpa hehe

    wsalam ina...ooo camtu yer...memang dah manis, ucu tambah sikit gula pulak..tapi tak pe dah habis pun, pas ni nak try lagi coz ada lagi dalam kotak tu, nak try gak yang letak cheese tu ngidammm...lama dah ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails