rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Tuesday, April 27, 2010

Pizza oh Pizza...

Salam bertemu lagi...sekarang ni line tenet agak tenat...sumber boleh dipercayai kata benda ni berlarutan hingga 2 Mei...jenuh tu... terkemut2 kihkih...tak pelah pas ni laju kot...
Ok lah dah malam ni...just nak n3 pizza - (request tekak sendiri) yang berjaya dihasilkan... cheese tak boleh lebih...bukan jer sebab harganya yang mahal tapi sebab takut bp naik pulak...benda ni febret tekak jawa ku ini...kang tak pasal2 senoneng.... tapi dah makan pizza ni terbayang pulak cheese baked rice eemmm nyumm2x
Resepi pizza ni banyak dah salin tapi berkenan pulak dengan resepi Hana, wong jowo seng nang jepun kaei..terima kasih akak cnp resepinya... Tapi pizza ku ini ter'geseng' pulak...
Bahan-bahannya:
  • 200 gm tepung roti
  • 1 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 125 ml air
  • 1 sudu butter -
  • 1 sudu susu tepung
  • topping- keju mozarella, sosej, crab stick,udang, mayonis, sos tomato, sos cili, cendawan butang, nenas, lada benggala ijau,merah n kuning.Ikut selera nak letak apa pun..
Cara-cara
  1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
  2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm.
  3. Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato *Su tambah ngan sos spaghetti.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur sayur campur, sosej,cendawan n capsicum merah yang di hiris kecil2 atau apa sajer inti pilihan di atas kulit pizza. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..Su tak tabur banyak cheese takut darah naik pulak nanti kihkih...tapi tetap nak makan cheese..
  4. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 180 darjah kira2 15-20 minit.. enak dimakan panas-panas!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails