Salam jumpa lagi semua. Masak apa hari ni? Tengahari tadi Su just masak sup ayam jer. Biasalah bila hari Isnin banyak benda nak kemas dari depan ke belakang. Bila sorang2 kat rumah aman sikit nak mengemaskan... Pulak tu petang semalam orang2 hospital Mersing buat foogging coz ada kes baru denggi tak jauh dari rumah Su ni.. satu rumah bau minyak desel ke minyak tanah tah... pening... tapi demi kesihatan tahan jerlah hidung ni...
Petang tadi wat roti sardin roll goreng lagi... biasalah menu ringkas dan senang. Tapi arini nak share resepi sempoi ni... biar adik2 dan anak2 senang nak try buat...
Roti Sardin Roll Goreng
Roti (kalo nk best lg roti gardenia)
Sardin (masak sardin ni tambah ape yg patut spt bawang, lada, air asam jawa, garam dll- ikut citarasa anda la..hehe)
Air masak
Telur
bread crumb/tepung goreng ayam segera pun boleh... (macam yang Su buat ni)
Cara membuat
1) ambil roti, renjiskan sedikit air dipermukaan roti
2) gilingkan gelas atau lenyek jer ngan tangan atas roti tadi supaya nipis (supaya minyak tak masuk dlm ruang2 roti tersebut ketika goreng nanti) kalau nak cantik buang kerak tepi roti tu.
3) masukkan sardin yg telah siap dimasak td diatas roti..gulung seperti anda menggulung popia
4) letakkan sedikit telur pd hujung roti supaya melekat dan tak terbuka.
5) celup dlm telur dan golek atas bread crumb atau bancuh tepung goreng ayam segera celup jer roti tu...
6) Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan..angkat
sedia dihidang.... cicah ngan sos cili + mayonis...sedappp tu...
No comments:
Post a Comment