rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Thursday, April 22, 2010

Roti Kacang Merah/Hitam

Salam jumpa lagi...pepagi tadi gi Kuantan selongkar dapur Kak Ummi cari resepi roti ni, coz haritu jalan2 malam ternampak roti dia yang gebuuu sesangat. Selalu gak jumpa dalam resepi roti ada guna kaedah 'water roux' tapi lum pernah try.
Entah kenapa tekak ni terus teringin lepas tengok bluberry finger bun yang gebu tu. Tapi Su cuma ada inti kacang merah/hitam Su pun tak pasti hehe, pemberian Kak Shida(Cg Rashidah) thanks kak sampai 2kg bagi inti tu..So wat roti inti kacang merah... pernah tengok Cik Mat Gebu tunjuk cara wat kat umah dia (kalau tak silaplah).
Su pun gi geledah dapur dia pulak...tapi tak jumpa lah pulak. Balik rumah dengan agak kecewa kihkih... terus wat ikut apa yang tau jerlah... Su mintak izin cnp resepinya Kak ummi, tapi ubah suai sikit. resepi water roux cnp dari umah Cik Mat dengan gambar sekali yer.. terima kasih banyak pada chef bloger yang femes ni kerana sudi share resepi yang sedap2.
Bahan roti
  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur gred A
  • 100ml air
  • 100gm Water Roux
  • 30gm butter
  • 30gm shortening
Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening. Biarkan proses menguli hingga selesai. (Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.) - akak wat sekali jek..cukup lembut dah...
  5. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  6. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  7. Ambil sebiji doh leperkan.
  8. Isi inti kacang merah, bulatkan atau buat memanjang kelar dengan pisau
  9. Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  10. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  11. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar. Atau sapu susu cair/segar.
  12. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  13. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 6 di atas dan seterusnya.
BAHAN "WATER ROUX" :-)
50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan 3 hari...rupa "water roux" seperti gambar di bawah).

3 comments:

  1. salam......sedapnya..nk cubalah roti nie....nk beli mcmana?

    ReplyDelete
  2. wsalam.. sedap roti ni ruhayu lembut gebuzzz gitu, akak tak jual roti ni lagi, yg lain2 adalah. akak jual kat member dekat, deorang amik sendiri.

    ReplyDelete
  3. salam kaksu, sedapnya tengok roti buatan sendiri...ada lagi tak...yatie dtng nak order ni...roti inti kacang, inti kelapa dan inti sardin...boleh tak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails