rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Friday, April 2, 2010

Blackpepper Chicken Chop

Salam jumpa lagi semua...hari ni merajinkan diri wat blackpapper chicken chop. Resepi amik dari umah Hana nun kat Jepun tu. Hana pulak amik dari Mamahawa yang dok kat Spore... wah global memberku...kihkih ok Su mintak izin tayang resepi kat sini pulak yer kawan2 ku...
  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (Su buat lebih maklumlah ramai askar hehe)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*- Su gune sos lada hitam sini
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa
Cara-cara
  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak. Su masuk dalam oven jer..
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails