rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Tuesday, March 2, 2010

Apple Pai Goreng VS Karipap

Selamat malam semua, dah makan malam? Kami sekeluarga biasanya makan kul 7 malam, alhamdulillah dah kenyang... N3 hari ni epal pai ala McD dan juga karipap. Buat kulit yang sama inti jer lain2 coz epal pai ni manis, HB tak berapa minat so dia mintak buat karipap. Su buat inti kari kentang dan ayam. Kat bawah ni cnp resepi dari rumah Hana jepun lagi.... tq akak selalu selongkar dapur mu hehehe... Su lenyek tepung tu nipis sikit biar rangup tu yang rupa epal pai tu hodoh sikit, tak kisahlah asal sedap dimakan. Tapi epal pai VS karipap, karipap habis dulu hehe coz HB su laju jer makan... sedap katanya.... tengoklah sape buat, isteri mu yang rajin nilah hahaha dah mula perasan... b4 terlebih2 baik tengok resepi kat bawah ni... salammmm.....

Apple Pie Goreng ala McDSumber : Faridah Hanom/Bebop
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung serbaguna, Su tambah 2 sudu besar tepung sagu biar rangup
  • 1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 2 biji epal hijau
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 cawan minyak sayuran utk menggoreng
  • (abaikanlah rupa epal pai yang hodoh ni yek, asal boleh makan sudah ler hehe)
Cara-cara
  • Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul.
  • Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
  • Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci. Letakkan inti epal di tengah pastry. Gunakan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
  • Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan.
Tips:
  • simpan pastry yang telah diisi inti epal dalam freezer sekejap agak2 15 minit. Keluarkan kemudian terus goreng, Method ini untuk mendapatkan pastry yang ranggup.
  • Inti epal mestilah tidak terlalu basah takut kulit pastry lembik.
  • Minyak mesti panas betul, sebaik2nya goreng dalam minyak yang banyak.
  • Inti pie ni agak sedikit, so tambahkan epal menjadi empat bijik dan gula 3/4 cawan.
Ini versi karipap berinti kari kentang dan ayam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails