Selamat petang semua, moga sihat hendaknya walau sibuk memanjang bila dah bukak sekolah ni kan... Hari ni n3 menu paling senang....Entah kenapa malam semalam tekak teringin nak makan bubur nasi, so tunda buat tuk bekpes pagi tadi jer....Buat bubur biasa bukan bubur lambuk yang nak ada santan dan pelbagai. Biar ringan sikit bekpes coz sekarang ni mudah sakit kepala bila makan benda berminyak dan berlemak. Tapi sambal kena ada, kalau dah jawa tu mana boleh tinggal sambal kan hehe. Buat sambal ketuk yang paling senang dan cepat boleh dimakan.
Buat bubur nasi macam biasa kita masak nasiklah cuma tambah air lebih..
Sambal ketuk
Segenggam ikan bilis- ikut sukalah nak genggam besar ke seciput..
Sebiji bawang besar -potong
Seulas bawang putih -mayang
8-10biji cili padi belah sikit supaya tak meletup bila digoreng
2 biji limau kasturi/ air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat. Goreng pulak semua bawang dan cili padi. Pastu tumbuk semuanya termasuk garam dan gula sikit, tak payah lumat sangat, kasar2 jer sedap bila digigit.. perah asam, dah siap..
salam kak su..aduh windunya nak makan sambal ketuk...kalo berjiran ngn kak su,ctlah orang yg paling x malu mintak sambal ketuk sesudu.dua..silap2 semangkuk..nyam!nyam!nyam!
ReplyDelete