
Pagi ni menyiapkan 2 biji kek coklat kukus tuk Cg Rokiah. Kek ni tuk anak sulungnya Che Khairunnisa yang menyambut birthday nya hari ini 29 Mac 2010 yang ke 7. Moga panjang umur murah rezeki menjadi pelajar pintar dan anak solehah dari Cik Su ya.. Nissa ni sebaya ngan Izz Thaqif, sekelas dan budak berdua ni memang kawan baik... leh wat menantu hahahaha... dahlah jangan nak merepek pulak kan... Ni pic Nissa masa konvo Taj.
Kek Coklat
Bahannya:
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula - Su kurangkan sikit, manis sangat nanti
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat - Su guna creamer kurang manis sikit kan...
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan air panas (mendidih)
Cara: Gula dan telur pukul sampai kembang. Ayak semua bahan kering. Masuk dalam adunan telur tu berselang seli dengan susu. Kacau rata masuk minyak, kacau rata barulah masuk air panas. Boleh dibakar atau kukus... kalau nak wat mufin masuk dalam paper cup. Su lebih suka dikukus coz lebih moist..




salam su. kecurnya tgk kek coklat, bubur sumsum (dah berzaman akk tak mkn su, huhu...) n nasi minyak johor . suasana kenduri kawin kat felda mmg seronok. rewang2 n dpt berkat. suami akk keja SSM le su. keja kerajaan juga. klu ada rezeki blh kita jumpa n kenal2 ya. teringin
ReplyDeleteakk.:))
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHappy birthday to Nissa, semoga jadi anak yang soleha, cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat..insyallah..
ReplyDeleteSalam kak anis, su pun teringin nak kenal dan jumpa akak. Suami akak kerja kat SMM tu tempat yang pasal syarikat tu ke. coz bila su buat lesen perniagaan ada tulis SMM, tul ke?
ReplyDeletethanks ayu, wish bday nissa...