rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Monday, March 1, 2010

Happy Birthday Angah dan Adik sayang...

Salam dan berjumpa lagi. Sekejap jer rasanya dah masuk bulan Mac, bermakna bila 1 Mac adalah birthday Nadiah Shahirah anak daraku satu2nya, yang ke 13 tahun. Lusa pulak (3 Mac) bday Muhammad Izz Thaqif yang ke 7 tahun, bujang kecik ni lahir 3.3.03. Hpy bdy tuk anak2 mama, moga sihat, panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam pelajaran. Semoga berjaya dunia dan akhirat aminnn... Sorry tahun ni no birthday party cam tahun lepas.
Hari ni masak nasi ayam fevret budak2 ni... lum sempat nak wat kek, insyaAllah mama buat nanti ok. Ni resepi nasi ayam biasa yang Su buat... simple jek, yang penting anak2 dan HB suka dan makan dengan berselera balik sekolah tengah hari tadi, dah lapar semua sedap hehehe....

Nasi Ayam
4 cawan beras
Air secukupnya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1-2 inci halia
seketul kiub pati ayam
daun pandan
garam


UTK SUP
ayam
secukupnya( Su guna bahagian2 tulang)
1 biji bwg besar

2 ulas bwg putih
1-2 inci halia

rempah 3 sekawan

myk utk menumis
garam

perisa
daun sup
bwg goreng


UTK AYAM
ayam(bahagian daging2)

sedikit halia kisar
3 ulas bawang putih
sikit serbuk kunyit
3 sudu besar kicap pekat manis

2 sudu besar madu

UTK SOS

5 sudu besarl ada kering kisar
2 ulas bwg putih*
1 sudu besar sos chili
air asam jawa secukupnya

gula pasir secukupnya

sedikit garam

Cara-cara

UTK NASI - tumis semua bawang dan halia yang dah ditumbuk dalam minyak masak dan marjerin hingga naik bau. masukkan air, daun pandan,garam dan kiub pati ayam.Kacau rata, then masukkan beras dan masak seperti biasa. Guna rice cooker lah paling senang kannn..

UTK SUP - tumis bwg, rempah tumis sampai naik bau. masukkan ayam dan air, biar hingga mendidih. Masuk garam serta perisa skit. Ketika menghidang taburkan daun sup n bwg goreng.

UTK SOS - Tumbuk bawang putih hingga lumat. Masukkan dlm periuk lada, bawang, air asam jawa, sos, gula n garam. Didihkan agak lama hingga lada betul2 masak(lebihkan air biar sehingga kuah agak pekat) Bila rasa dah ok matikan api.

UTK AYAM - Gaul ayam dengan halia,bawang putih, kunyit serbuk, sikit garam, kicap manis n madu. Gaul rata. Perap dlm 10-15 minit. Panaskan minyak boleh la menggoreng.

Untuk hiasan daun salad, timun, tomato dan daun sup. Hias suka hati jer sebab dah lapar hehe..
ini lak nata + fruit cocktail+ susu cair+aiskrim... penyejuk tekak

Bubur sumsum yang mesti dibuat sehari dua selepas majlis pengantin selesai dan diberi kepada semua yang rewang.

5 comments:

  1. happy birthday kepada anak-anak kaksu! semoga angah dan adik sam-sama menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa.

    p/s: nuffy tak aktif

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun kelahiran Nadiah & Izz, semoga sentiasa ceria dan berjaya & sentiasa dlm perlindungan Allah.

    ReplyDelete
  3. hepi besday utk nadiah & izz...semoga sentiasa berbahagia hidup dunia akhirat...
    utk mamanye...cepat la buatkan kek...sian kat anak2! hehehe

    ReplyDelete
  4. thanks kakchik, matsom, ctnaemah dan fa'e...
    nway, hpy bdy wat ctnaemah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails